Anda di sini

United Airlines dikecam gara-gara seluar leging

Advertisement

WASHINGTON: United Airlines menjadi tumpuan kekecohan media sosial selepas melarang dua gadis menaiki pesawat di Denver kelmarin kerana mereka berseluar leging.

Seorang gadis lain yang turut memakai seluar leging dibenarkan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Denver ke Minneapolis selepas menukar pakaiannya, menurut saksi.

Insiden itu dilaporkan dalam Twitter oleh Shannon Watts, pengasas kumpulan perubahan senjata Moms Demand Action, yang merupakan salah seorang penumpang di lapangan terbang yang menunggu untuk menaiki pesawat lain ke Mexico.

Beliau memaksa mereka menukar pakaian atau memakai skirt di luar seluar leging itu atau mereka tidak boleh menaiki pesawat,” kata beliau.

Sejak bila pula ada polis pakaian wanita di @united?”

Seorang budak perempuan berusia 10 tahun memakai seluar leging kelabu,” tambah beliau mengenai salah seorang budak perempuan itu.

Beliau kelihatan biasa dan bersesuaian.”

Bagaimanapun, United Airlines mengekalkan sokongannya terhadap keputusan ejen yang menjaga pintu masuk dalam beberapa siri kenyataan Twitternya.

Kemudian, ia menjelaskan bahawa budak perempuan itu dihalang daripada menaiki pesawat sebagai ‘penumpang pas’, mereka yang terbang secara percuma atau pada kadar diskaun besar kerana merupakan pekerja syarikat penerbangan atau ahli keluarga mereka.

Pelanggan biasa kami tidak akan dilarang daripada menaiki pesawat kerana mereka berseluar leging atau seluar yoga,” kata jurucakap kepada The Washington Post.

Namun ketika menaiki pesawat sebagai pelancong pas, kami mengkehendaki mereka mematuhi peraturan.”

Itu tidak akan menghentikan tohmahan terhadap syarikat penerbangan itu dalam media sosial mengenai apa yang disifatkan pengkritik sebagai tindakan paling seksis dan mengganggu.

@united Leggings merupakan pakaian bisnes selama 10 tahun.

Urusan mereka bersikap kebudak-budakan,” aktres Patricia Arquette menyatakan di dalam Twitter.

Model Chrissy Teigen menyatakan: “Saya pernah menaiki United sebelum ini tanpa berseluar. Hanya sehelai baju panjang sebagai dres.”

Lain kali saya hanya akan memakai seluar jean dan skaf,” tambahnya. — AFP

Advertisement