Anda di sini

Tindakan pantas orang awam berjaya selamat tabika hangus

Advertisement
  Anggota bomba melakukan pemantauan dan pemeriksaan lanjut kebakaran yang telah berlaku di Tabika Kemas Sungai Pasir, semalam.
PANTAU: Anggota bomba melakukan pemantauan dan pemeriksaan lanjut kebakaran yang telah berlaku di Tabika Kemas Sungai Pasir, semalam.

KABONG: Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan Tabika KEMAS Sungai Pasir dekat sini daripada ditimpa musibah kebakaran awal pagi semalam.

Kejadian ini dipercayai berlaku sekitar jam 8.30 pagi dan tabika berkenaan  lebih kurang 29 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok.

Melalui maklumat diterima pihak bomba, kebakaran tersebut berlaku dari dapur gas yang telah merebak ke bahagian dinding dapur tabika berkenaan.

Sungguhpun demikian, kebakaran berkenaan berjaya dipadam orang awam mengguna dua unit alat pemadam api jenis serbuk.

Pada masa sama juga, sepasukan anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan I(PBKI) Kho Bo Jang bersama dengan 10 anggota dengan sebuah jentera pemadam dan kenderaan EMRS bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubungan dengan kejadian tersebut.

Pihak bomba telah memantau kejadian tersebut dan bergerak kembali ke balai setelah memastikan keadaan selamat.

Advertisement