Anda di sini

Tiga ‘Sape Masters’ jayakan ‘The Collaboration’ di Sibu

Advertisement
 Elizabeth Bungan merupakan seorang pemain sape wanita yang tidak asing lagi.
BERBAKAT: Elizabeth Bungan merupakan seorang pemain sape wanita yang tidak asing lagi.
 Eugene (duduk tengah) diapit oleh Waddington (kiri) dan Jimpan (kanan) bersama para peserta ceramah.
UNTUK ALBUM: Eugene (duduk tengah) diapit oleh Waddington (kiri) dan Jimpan (kanan) bersama para peserta ceramah.

PEMINAT Sape di Sibu telah menjayakan program ‘The Collaboration’ dengan menganjurkan ceramah berkenaan sape dan ‘Busking’.

Tiga penceramah yang merupakan serta digelar ‘Sape Masters’ yang tidak asing lagi iaitu Eugene Kuek dari Kuching, Jimpau Balan (Kanowit) dan Waddington Jan (Bintulu) telah diundang khas bagi menyampaikan ceramah berkaitan sape.

Ceramah telah diadakan di kediaman Jakery Chukan yang merupakan salah seorang peminat sape di Jalan Maludan di Sibu, Sabtu lepas pada sebelah paginya.

Ceramah yang bermula dari jam 10 pagi hingga jam 12 tengahari itu merangkumi topik berkenaan dengan sejarah sape, teori, praktikal dan latihan bermian sape.

Eugene, Jimpau dan Waddington turut berkongsi cerita mengenai asal usul sape kepada hadirin.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 15 orang penggemar sape di sekitar bahagian Sibu.

Sementara itu, pada sebelah malamnya, ketiga-tiga ‘Sape Masters’ itu turut diundang untuk menyertai acara ‘Busking’ bertempat di Ivan Cafe, Jalan Permai.

Turut mewarnai acara tersebut ialah Will Masterpiece dan Kent Masterpiece yang bersama-sama mempersembahkan nyanyian masing-masing sambil diiringi band Superfriends.

Acara itu juga turut mendapat sokongan dari pemilik Ivan Cafe Mejar (B) Moses Ripai yang menyediakan tempat untuk acara tersebut.

Selain Eugene, Jimpau dan Waddington turut mempersembahkan melalui petikan sape ialah seorang pemain sape wanita yang tidak asing lagi iaitu Elizabeth Bungan.

 Kehadiran Kent (kiri) dan Will Masterpiece (tengah) turut merancakkan lagi acara ‘Busking’.
TETAP ROCK: Kehadiran Kent (kiri) dan Will Masterpiece (tengah) turut merancakkan lagi acara ‘Busking’.
  • oleh
  • Advertisement