Anda di sini

Tiga lelaki ditahan reman bantu siasat kes rompak

Advertisement
 Tiga suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan lanjut.
DICEKUP: Tiga suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan lanjut.

SIBU: Tiga lelaki berusia lingkungan 20-an ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rompakan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah semasa dihubungi semalam.

Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan petang kelmarin di kawasan bandar beberapa jam selepas mangsa membuat laporan polis.

Mangsa merupakan sepasang suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an dan dilapor menjalankan perniagaan sarang burung.

Kelmarin sekitar jam 5 pagi, lima lelaki memecah masuk ke dalam rumah mangsa.

Namun tindakan mereka itu telah disedari oleh pasangan suami isteri terbabit.

Dilaporkan telah berlaku sedikit pergelutan di dalam rumah berkenaan sebelum kesemua suspek melarikan diri.

Sementara dua lagi suspek dilaporkan masih bebas sedang diburu pihak polis.

Advertisement