Anda di sini

Piranhas Lutong juara Kategori Cup kejohanan ragbi Piala YB Yakub Arbi

Advertisement

KUCHING: Pasukan Piranhas Lutong muncul juara Kategori Cup dalam Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Mukah (Piala YB Yakub Arbi) selepas menewaskan Sibu Goldies dengan 34-7 pada saingan akhir di Mukah, semalam.

 Sementara itu, bagi Kategori Plate pula dimenangi oleh Sibu Swan yang mengatasi Setiaraja Swiflet Rugby Club (SSRC) 37-14.

 Manakala Mukah Barbarians menang 7-5 ke atas PMU bagi menjulang trofi Kategori Bowl dan sebelum itu, Panthers terus mengukuhkan penguasaan Kategori Shield apabila menundukkan Bintulu RFA dengan kiraan 17-14.

 Kejohanan dua hari itu dianjurkan oleh SSRC Mukah dengan kerjasama Politeknik Mukah yang disertai sembilan pasukan.

 Pengarah Program merangkap Naib Presiden SSRC, Tanrapijam Serakawi ketika dihubungi berpuas hati dengan persembahan pasukan SSRC.

 “Meskipun menamatkan saingan selaku naib juara, tetapi kita tetap berpuas hati dengan kejayaan pasukan yang beraksi sehingga ke peringkat akhir.

 “Para pemain itu juga mempamer aksi bertenaga dan semangat juang yang tinggi sehingga tamat masa perlawanan,” katanya.

 Bercakap mengenai kejohanan terbabit, beliau menjelaskan bahawa sambutan amat menggalakkan.

Advertisement