Anda di sini

Pembinaan jalan guna getah beku tunjuk prestasi lebih baik

Advertisement

KUALA LUMPUR: Penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asfalt untuk turapan jalan raya didapati memberikan prestasi lebih baik berbanding bahan konvensional.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata hasil pemantauan Lembaga Getah Malaysia (LGM) selama dua tahun terhadap jalan perintis sepanjang satu kilometer yang dibina di Kota Tinggi, Johor pada 2014 bagi menguji teknologi itu, menunjukkan ketahanan dan keadaan jalan raya berada dalam keadaan baik.

Kelebihan jalan berasaskan penggunaan getah dan campuran asfalt ini dapat meningkatkan ketahanan jalan raya dari segi rintangan keretakan permukaan jalan, geseran yang baik dan mengurangkan bunyi,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat semalam. — Bernama

Advertisement