Anda di sini

Lelaki mengaku bersalah miliki senapang angin tanpa kebenaran

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki didenda RM400 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan memiliki selaras senapang angin secara haram.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

John Sabang, 35, dari Kampung Sealine, Lutong di sini telah didakwa mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

Mengikut kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati ada memiliki selaras senapang angin tanpa kebenaran yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6.10 petang, 21 Mac 2016 di rumahnya di Kampung Sealine, Lutong di sini.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Advertisement