Anda di sini

Lawatan bertukar tragedi, lapan pelajar maut

Advertisement
 Pekerja penyelamat mengusung mangsa dari tempat kejadian berhampiran pusat peranginan ski di bandar Nasu, utara Tokyo dalam gambar rakaman Kyodo semalam. — Gambar Reuters
TRAGIK: Pekerja penyelamat mengusung mangsa dari tempat kejadian berhampiran pusat peranginan ski di bandar Nasu, utara Tokyo dalam gambar rakaman Kyodo semalam. — Gambar Reuters

TOKYO: Runtuhan salji membunuh lapan pelajar sekolah tinggi yang menyertai lawatan pendakian gunung di Jepun semalam, manakala lebih 30 dilaporkan cedera.

Lebih 100 anggota tentera telah dikerahkan dalam operasi menyelamat besar-besaran selepas runtuhan salji menjejaskan cerun luncur di daerah Tochigi, di mana rakaman televisyen menunjukkan anggota penyelamat mendaki gunung dengan ambulans bersedia menunggu di bawah.

Sekumpulan 52 pelajar dan 11 guru dari tujuh sekolah tinggi mengikuti lawatan pergunungan tiga hari apabila bencana berlaku, menurut pihak berkuasa.

Satu amaran telah dikeluarkan mengenai salji tebal dan risiko runtuhan salji mulai kelmarin hingga semalam di kawasan tersebut di utara Tokyo, di mana agensi kaji cuaca tempatan meramalkan penurunan salji kira-kira 12 inci.

Sekurang-kurangnya lapan pelajar, kebanyakannya dari Sekolah Tinggi Otawara di Tochigi, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa lagi, menurut pegawai dari pasukan tugas bencana daerah.

Di Jepun, kematian dalam keadaan sedemikian tidak boleh diumumkan secara rasmi sementara menunggu pengesahan doktor.

Lebih 30 orang pula cedera, menurut agensi berita Kyodo.

Kami masih tidak tahu jumlah guru yang terlibat dalam kalangan mangsa,” kata pegawai terbabit.

Runtuhan salji tersebut berlaku di bandar Nasu, 120 kilometer utara Tokyo pada hari terakhir lawatan, menurut pihak berkuasa Tochigi sambil menambah kata bahawa anggota tentera dikerahkan atas permintaan gabenor daerah.

Lawatan ini adalah acara tahunan dan kami tidak pernah mengalami kemalangan teruk sebelum ini.

Saya amat terkejut,” kata salah seorang guru kepada Jiji Press.

Pusat peranginan luncur salji itu telah ditutup untuk musim ini, di mana lif terhenti dan tiada peluncur bermain di tapak berkenaan, menurut laman sesawang pengusahanya.

Tetapi sebahagian kemudahannya disediakan untuk lawatan tersebut yang merupakan anjuran pihak berkuasa pendidikan jasmani tempatan. — AFP

Advertisement