Anda di sini

Keterbukaan yakini pelabur luar melabur di Sarawak

Advertisement

Tanpa kerjasama negara luar, sukar untuk kerajaan bangun pelbagai kemudahan di negeri ini: TYT

 Taib menyempurnakan upacara pecah tanah Tapak Perindustrian, Kuala Rajang Industrial Synergy Sdn Bhd (KRIS) dan Kompleks Penyimpanan Pukal serta jeti Ascent Industrial Complex (AIC) Sdn Bhd di Kuala Rejang, Tanjung Manis, semalam. Sementara (atas, dari kiri) Jahar, Len dan yang lain melihat sama.
RASMI: Taib menyempurnakan upacara pecah tanah Tapak Perindustrian, Kuala Rajang Industrial Synergy Sdn Bhd (KRIS) dan Kompleks Penyimpanan Pukal serta jeti Ascent Industrial Complex (AIC) Sdn Bhd di Kuala Rejang, Tanjung Manis, semalam. Sementara (atas, dari kiri) Jahar, Len dan yang lain melihat sama.

TANJUNG MANIS: Dasar kerajaan negeri bersikap terbuka sejak dahulu memberi keyakinan kepada negara luar melabur dalam negeri ini sekali gus membantu membangun sektor perindustrian Sarawak.

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerana dasar sedemikian, Sarawak telah mencapai pelbagai kemajuan dan pembangunan sehingga kini.

Katanya, tanpa kerjasama daripada negara luar, sudah pasti sukar untuk kerajaan negeri membangunkan pelbagai kemudahan yang diperlukan untuk membangunkan negeri ini.

Dasar kita adalah terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, khasnya kepada pihak boleh membawa pembangunan dan memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis pecah tanah Tapak Perindustrian, Kuala Rajang Industrial Synergy Sdn Bhd (KRIS) dan Kompleks Penyimpanan Pukal serta jeti Ascent Industrial Complex (AIC) Sdn Bhd di Kuala Rejang, Tanjung Manis di sini, semalam.

Jelasnya, kemudahan sedia ada juga boleh dikongsi bersama dengan dengan negara jiran. Kita, telahpun mencari peluang untuk merapatkan hubungan dengan negara anggota ASEAN, supaya jalinan kerjasama dapat diwujudkan.

Oleh kerana itu, saya ingin mengalu-alukan semua pelabur dari luar negera supaya mencari peluang untuk melabur di negeri ini terutama di kawasan industi seperti Tanjung Manis,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada AIC Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat dari Indonesia yang telah mengambil langkah untuk melabur dalam industri kelapa sawit di negeri ini.

AIC Sdn Bhd telah bersetuju untuk melabur membangunkan kilang pemprosesan minyak sawit mentah secara pukal untuk Fasa Satu yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM150 juta.

Mereka (AIC) dapat membawa hasil daripada ladang mereka di Batu Lintang masuk ke wilayah Sarawak menerusi Lubok Antu dan terus dibawa ke Tanjung Manis supaya dapat dieksport ke negara luar melalui pelabuhan di sini.

Menerusi kerjasama ini juga, ia membantu kedua-dua pihak (Sarawak dan Indonesia) menambahkan pendapatan masing-masing, dalam usaha kita untuk terus maju ke hadapan,” katanya.

Selain itu, Taib juga bekas Ketua Menteri Sarawak berkata kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada Kuching yang akan menyokong aktiviti eksport daripada Tanjung Manis dan Bintulu pada masa akan datang.

Beliau berkata, fokus utama adalah untuk pembangunan jangka panjang Sarawak. Katanya lagi, yang kedua di Tanjung Manis dan ketiga di Bintulu.

Ia akan merangkumi kesemua aktiviti ekonomi dan pelbagai produk dan kita mahu melihat bagaimana Sarawak akan membangun dengan luas.

Sebagai lalu pembangunan, Kuching dan Tanjung Manis adalah tumpuan utama yang akan membawa pembangunan di kawasan sekitarnya. Oleh itu, pelbagai kaum di negeri ini akan mempunyai peluang untuk terlibat dengan aktiviti perdagangan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau juga barkata, Tanjung Manis dahulu adalah tempat yang paling mundur dan kini telah berkembang dengan pesat kerana sudah menerima banyak pelabur dan bersedia untuk menerima lebih ramai pelabur luar negara.

Oleh kerana itu, kita harus menyesuaikan diri dengan peluang muncul kerana kini kita sedang membangun dengan cepat,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Muda Pembangunan Tenaga Kerja dan Latihan yang juga Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi, Konsul Jeneral Republik Indonesia Drs Jahar Gultam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol dan ADUN Daro Safiee Ahmad.

  • oleh
  • Advertisement