Anda di sini

Judi terus digempur

Advertisement

39 individu diberkas dalam beberapa siri serbuan di seluruh negeri banteras judi haram, siber.

 Judi siber terus beroperasi meskipun serbuan demi serbuan dijalankan polis.
TAK SERIK!: Judi siber terus beroperasi meskipun serbuan demi serbuan dijalankan polis.
 Taktik berselindung di sebalik perniagaan telefon bimbit serta kad prabayar gagal mengaburi mata pihak polis.
4D HARAM: Taktik berselindung di sebalik perniagaan telefon bimbit serta kad prabayar gagal mengaburi mata pihak polis.

KUCHING: Seramai 39 individu ditangkap dalam beberapa siri serbuan untuk membanteras kegiatan judi haram khususnya penjualan loteri awam (4D) haram dan judi siber di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, individu-individu yang ditangkap oleh pasukan dari ibu pejabat serta peringkat daerah dalam 25 serbuan dari 20 hingga 26 Mac lalu, berumur dalam lingkungan 17 hingga 40 tahun.

Menurut beliau, JSJ Sarawak menjalankan 14 serbuan termasuk di Kuching, Padawan, Kota Samarahan dan Lawas, manakala JSJ Padawan membuat tiga serbuan, JSJ dari daerah-daerah Kuching, Miri, Bintulu, Sarikei, Serian, Marudi, Lubok Antu dan Limbang masing-masing melancarkan satu serbuan.

Sebanyak 20 serbuan 4D haram membawa kepada penangkapan 29 individu dan rampasan wang tunai berjumlah RM10,714,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam serbuan yang kebanyakannya dibuat di Kuching dan Padawan, katanya, polis merampas pelbagai barangan termasuk telefon bimbit, mesin cetak mudah alih, kalkulator dan alat tulis.

Selain 4D haram, serbuan judi siber turut dilakukan di Lawas, Limbang, Serian dan Marudi yang membawa kepada penangkapan 10 individu,” jelasnya.

Dev berkata, polis turut merampas 40 kompuer, tablet, mesin video yang digunakan untuk berjudi, serta wang tunai berjumlah RM3,440.

Menurutnya, serbuan di Lawas dijalankan oleh pasukan JSJ Sarawak yang bertindak atas aduan berhubung premis-premis yang menjalankan judi siber di daerah berkenaan.

Dalam dua serbuan yang dijalankan, katanya, polis menangkap enam individu dan merampas 13 mesin.

Secara keseluruhan, 11 serbuan diadakan di tempat awam dengan kebanyakannya di kaki lima, lapan serbuan di rumah kedai, tiga serbuan di kedai runcit dan tiga lagi di kedai kopi.

Kesemua ditangkap yang merangkumi 39 lelaki dan 22 wanita akan disiasat atas kesalahan di bawah Akta Judi Rumah Terbuka 1953.

 Pengendali 4D haram turut beroperasi di kedai-kedai runcit.
DICEKUP: Pengendali 4D haram turut beroperasi di kedai-kedai runcit.
 Taktik berselindung di sebalik perniagaan telefon bimbit serta kad prabayar gagal mengaburi mata pihak polis.
4D HARAM: Taktik berselindung di sebalik perniagaan telefon bimbit serta kad prabayar gagal mengaburi mata pihak polis.
  • oleh
  • Advertisement