Anda di sini

Bahana terlajak ke laluan bertentangan

Advertisement
 Unit Ambulans Bintulu dan pegawai perubatan dari Hospital Bintulu berusaha menyelamatkan mangsa.
TERPELANTING: Unit Ambulans Bintulu dan pegawai perubatan dari Hospital Bintulu berusaha menyelamatkan mangsa.

BINTULU: Seorang penunggang motosikal meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Bintulu selepas motosikalnya bertembung sebuah kereta dalam kemalangan jalan raya di Jalan Nyabau di sini sekitar jam 7.30 pagi semalam.

Semasa kejadian, penunggang motosikal dikenali sebagai Empati Sayang, 34, berasal dari Rumah Saging, Sungai Semanok, Tatau itu dikatakan menghala ke arah Kidurong sebelum hilang kawalan lalu melepasi pembahagi jalan dan terlajak ke laluan bertentangan.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zailanni Amit apabila ditanya berhubung insiden berkenaan.

Selepas masuk ke laluan bertentangan, mangsa dirempuh kereta yang gagal diberhentikan oleh pemandunya, seorang wanita,” jelas beliau.

Jelasnya, impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa terpelanting ke dalam parit besar tepi jalan, manakala kereta juga terperosok ke dalam parit.

Hasil siasatan awal, jelas Zailanni, kemungkinan kemalangan berpunca daripada penunggang yang gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas melepasi pembahagi jalan hingga memasuki laluan bertentangan.

Kes tersebut, ujarnya, disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bintulu bagi pemeriksaan lanjut dan disahkan meninggal semasa sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

 Keadaan motosikal mangsa tersadai di tepi jalan sejurus kemalangan.
REMUK: Keadaan motosikal mangsa tersadai di tepi jalan sejurus kemalangan.
Advertisement