Anda di sini

Siri Master Miami: Federer, Wawrinka teruskan kemaraan

Advertisement

MIAMI, Amerika Syarikat (AS): Roger Federer terselamat cabaran kuat dari pemain kelayakan tuan rumah, Frances Tiafoe sebelum menang 7-6(7/2) dan 6-3 pada kejohanan Siri Master Miami di sini Sabtu lepas.

 Tiafoe, pemain ranking ke-101 dunia, bergelut dengan pukulan servis Federer tetapi mempunyai asas permainan yang baik dan memaksa Federer beraksi dalam tiebreak sebelum tewas.

 Pemain berusia 19 tahun itu mendahului kedudukan pada set kedua tetapi jaguh dari Switzerland itu bangkit segera sebelum mencipta kemenangan selesa.

 Federer dalam prestasi yang meyakinkan selepas memenangi Terbuka Australia dan Siri Master Indian Wells untuk melanjutkan rekod perlawanan 14-1 ketika ini.

 Pemain berusia 35 tahun itu memburu kejuaraan ketiga beliau di Miami selepas 2005 dan 2006.

 Juara bertahan Terbuka AS, Stanislas Wawrinka, juga bermula dengan memberangsangkan apabila menewaskan Horacio Zeballos dari Argentina 6-3 dan 6-4.

 Dengan ketiadaan dua lagi jaguh tenis, Andy Murray dan Novak Djokovic, Wawrinka diletakkan sebagai pemain pilihan pertama kejohanan dan bersemangat untuk mengekalkan renak selepas melangkah ke final di Indian Wells sebelum tewas epada Federer.

 — AFP

Advertisement