Anda di sini

MICR besar-besaran tahun depan

Advertisement
 Peserta MICR bergambar beramai-ramai sebelum dilepaskan di laluan hadapan Permaisuri Imperial City Mall (PICM) pagi semalam.
MERIAH: Peserta MICR bergambar beramai-ramai sebelum dilepaskan di laluan hadapan Permaisuri Imperial City Mall (PICM) pagi semalam.

Kementerian akan jadikan lumba basikal aktiviti tahunan, berjaya menarik ramai pelumba, kata Lee

MIRI: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan akan menjadikan perlumbaan basikal Miri International Century Ride (MICR) sebagai aktiviti tahunan di sini melihat kepada kejayaannya menarik penyertaan ramai pelumba dalam dan luar negara.

 Menteri Muda Pelancongan Datuk Lee Kim Shin berkata, acara dirancang dianjurkan secara besar-besaran pada tahun depan untuk membantu memperkenalkan Miri sebagai pusat penganjuran perlumbaan basikal.

 “Ini merupakan acara menarik.

 Saya bertanya sendiri kepada peserta dan mereka gembira dengan penganjuran acara ini dan akan turut serta dalam perlumbaan akan datang,” jelas Lee kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pemenang MICR semalam.

 Pelumbaan julung kali itu menarik penyertaan lebih 400 peserta termasuk pelumba asing dari 12 negara iaitu United Kingdom, Perancis, Netherland, Afrika Selatan, Jerman, Thailand, Vietnam, FIlipina, Singapura, Indonesia Pelumba tempatan dari Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 Penyertaan terbesar iaitu lebih 100 orang adalah dari negara jiran Brunei Darussalam.

 “Saya yakin acara ini dapat menarik peserta luar negara kerana ramai pelumba yang berminat mengambil bahagian dalam aktiviti sebegini, “ tambahnya.

 Lee juga Menteri Muda Perhubungan Darat, Udara dan Keselamatan berkata, keunikan geografi fizikal Miri menjadikannya sesuai sebagai pusat penganjuran perlumbaan basikal.

 Pesisiran pantai yang panjang dan muka bumi berbukit seperti bukit Tanjong Lobang dan Bukit Song untuk perlumbaan King Of The Mountain.

 “Kita akan mendapat maklum balas dari pelumba basikal dan tahun depan kita akan menganjurkan acara lebih besar,” katanya.

 Beliau berbangga dengan penganjur dan berterima kepada pasukan polis dalam memastikan lalu lintas bergerak lancar.

 Aktiviti dianjurkan bersama Jawatankuasa Tetap Pembangunan Pelancongan Majlis Bandaraya Miri (MBM), Lian Huat Enterprise dan Kelab Berbasikal Masterpiece.

 Cabaran julung kali itu melibatkan jarak sejauh 120 km bermula pusat bandaraya Miri menuju kawasan sekitar Bekenu dan Lambir.

 “Kita berharap lebih banyak NGO tampil membantu kita menganjurkan lebih banyak aktiviti peringkat antarabangsa yang penting untuk kita menjadikan bandaraya Miri lebih meriah,” jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement