Anda di sini

10 kumpulan muzik bersaing dalam Rentak Juara 2017

Advertisement
Dropsynth
Dropsynth

PENGANJURAN program Rentak Juara merupakan sebuah platform yang baik untuk melahirkan barisan pemuzik pelapis dan ia patut diteruskan demi memastikan kesinambungan industri muzik tempatan pada masa depan.

 Justeru selepas terhenti penerbitannya selama tujuh tahun kerana memberi laluan kepada pelbagai program mencungkil bakat lain, kini Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerbitkan kembali ‘Rentak Juara 2017’ dijangka mampu menjadi medan mempertaruhkan kreativiti pelbagai genre muzik baru yang relevan dengan keperluan dan trend muzik masa kini yang semakin bersifat global.

 Rentak Juara 2017 telah memulakan proses ujibakat di tujuh lokasi seluruh negara iaitu 24 -25 Disember 2017 di Auditorium P. Ramlee Angkasapuri, Kuala Lumpur, 07 – 08 Januari 2017 (RTM K.Kinabalu (Sabah), 11 – 12 Februari 2017 (RTM Kuching (Sarawak), 14 – 15 Januari 2017 (Kedah FM (Kedah), 21 – 22 Januari 2017 (Pahang FM (Pahang), 28 – 29 Januari 2017 (Johor FM (Johor) dan 11 – 12 Februari 2017 (Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri (K. Lumpur).

 Sepanjang proses uji bakat berlangsung di semua lokasi, keseluruhannya sebanyak 60 buah kumpulan muzik telah hadir untuk sesi ujibakat.

 Namun pihak penerbitan telah menyenarai pendek 10 kumpulan terbaik untuk bertanding di peringkat mingguan.

 Kumpulan yang telah terpilih untuk ke peringkat mingguan ialah The Lost Chapter, Andy & The Mutant Rasta, Rockaholicx, Eisara, The Doubleshoes, Dropsynth, Sevendays, Supermassive, Xzotic dan Reuz.

 Peserta daripada 10 kumpulan ini berasal dari Siri Jelajah DFKL 2017 di Sunway Putra Mall meriah Sabah (satu), Sarawak (satu), Johor (tiga), Negeri Sembilan (dua) dan Kuala Lumpur (tiga).

 Keseluruhan seramai 54 orang.

 Memulakan siaran pada 11 Mac 2017, Rentak Juara 2017 bersiaran dari Auditorium Perdana, Angkasapuri sebanyak 10 episod (8 peringkat mingguan, 1 peringkat separuh akhir dan 1 peringkat akhir) dan disiarkan secara langsung di TV2, setiap Sabtu, pukul 9.00 malam.

 Hanya empat kumpulan sahaja yang bakal bertanding pada peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada 13 Mei 2017.

 Gandingan Luqman Hafidz dan Nadzmi Adhwa menjadi hos program yang diterbitkan oleh Azman Hashim, Unit Hiburan TV RTM.

 Rentak Juara 2017 mengekalkan konsep sama iaitu pertandingan mencari kumpulan muzik terbaik dan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan.

 Oleh yang demikian, setiap kumpulan mesti menyampaikan lagu wajib dalam Bahasa Malaysia sama ada ciptaan komposer tempatan atau ciptaan sendiri.

 Ini adalah salah satu bentuk galakan kepada seni penciptaan lagu selain mempopularkan lagu-lagu komposer tempatan di kalangan bakat amatur.

 Walau bagaimanapun, lagu-lagu ciptaan sendiri / ciptaan baru mestilah memperolehi kelulusan siaran dari Panel Penilaian Lagu RTM.

 Bagi meneruskan tahap kualiti setiap kumpulan akan diadili oleh para juri dari kalangan mereka yang profesional dalam bidang muzik.

 Skim pemarkahan akan diadili dari aspek vokal, kepakaran bermain alat muzik, persembahan dan penampilan.

 Pada edisi kali ini RTM akan melakukan pengubahsuaian pada format pertandingan dan juga pemilihan peserta bagi tujuan memantapkan lagi mutu rancangan ini terutamanya bagi mengikut trend penerbitan masa kini selain bagi menentukan objektif utama penerbitan rancangan ini tercapai.

Advertisement