Anda di sini

Malaysia pasaran berpotensi besar

Advertisement

Pempamer India di INTERPHEX tertarik dengan potensi negara ASEAN

NEW YORK: Sebahagian pempamer India di Ekspo Farmasuetikal Antarabangsa (INTERPHEX) yang baharu berakhir, telah menyifatkan Persatuan Negara- Negara Asia Tenggara (ASEAN), terutamanya Malaysia sebagaipasaran yang berpotensi besar.

 INTERPHEX, dianggap sebagai pameran ‘sains melalui globalisasi’, menjadi acara unggul untuk farmaseutikal, bioteknologi, pembangunan peranti dan industri pembuatan dan telah menarik pempamer dalam pembekalan jentera farmaseutikal dankelengkapan negara tersebut.

 Satu daripada syarikat terbabit ialah Praj Hi-Purity Systems, syarikat sekutu Kumpulan Praj yang berpangkalan di Mumbai.

 Ia membekalkan sistem penulenan air dan mempunyai pengkhususan dalam penyelesaian proses untuk farmaseutikal cecair, produk steril dan bukan steril serta biofarma, termasuk bioreaktor.

 Naib Presiden Bersekutunya, Miher Mehta berkata, syarikat itu menjalankan sistem air turnkey untuk syarikat farmaseutikal di Malaysia.

 “Wa l aupun Ma l ays i a pasaran yang berpotensi, kami dapati sedikit kelembapan dalam perniagaan, mungkin disebabkan penurunan pendapatan daripada minyak.

 “Tetapi kerajaan Malaysia, yang mempelbagaikan ekonomi juga berminat mempromosi industri farmaseutikalnya sendiri,” katanya dalam satu temu bual dengan Bernama.

 Ini jelas dilihat dengan peningkatan jumlah kursus dalam kajian farmasi di pelbagai universiti di Malaysia.

 Naib Presiden (Jualan/ Pemasaran) Karnavati Engineering Ltd yang berpangkalan di Kadi, Mehsana di negeri Gujarat, Jitendra Chaudhary berkata, syarikatnya telah membekalkan keperluan penting makmal seperti kelengkapan ujian ke Malaysia, Indonesia dan negara ASEAN lain.

 Tetapi, katanya, syarikat India yang dikekang kenaikan harga, mendapati ianya sukar untuk bersaing dengan syarikat China di Malaysia dan Vietnam yang mempunyai kelebihan harga yang lebih rendah.

 Produk utama Karnavati termasuk alat-alat, jentera untuk kapsul dan pil.

 Selain Malaysia dan Indonesia, Karnavati juga membekalkan produk itu ke Filipina, Vietnam, Korea Selatan dan Taiwan.

 Satu lagi syarikat yang berpangkalan di Mumbai, TSA Process Equipment Private Ltd, membekalkan loji rawatan air untuk industri farmaseutikal dan minuman.

 Pengarah Urusannya, Apurva Shah berkata, syarikat itu khusus dalam memproses pil dan kapsul dan 20 peratus daripada pendapatannya adalah daripada eksport manakala selebihnya dari India.

 “Kami telah melaksanakan tugas di Malaysia untuk syarikat Zontron Sdn Bhd di Pulau Pinang.

 Pasukan saya memasang kelengkapan itu untuk Zontron.

 Kami mengendalikan dua projek untuknya.

 “Malaysia sudah pastinya pasaran yang menarik untuk kami.

 Syarikat kami sedang beralih daripada pasaran sedang membangun kepada pasaran maju,” kata Shah.

 INTERPHEX telah menarik 52 syarikat India, 42 daripadanya menyertai ekspo berkenaan buat pertama kali.

 Pankaj Patel, Presiden Persekutuan Dewan Perniagaan dan Perusahaan India dan Pengerusi serta Pengarah Urusan Zydus Cadila - Cadila Healthcare Ltd berkata, industri farmaseutikal India telah mencapai kejayaan penting sejak beberapa tahun lepas.

 “Ia kini berada pada trajektori pertumbuhan yang tinggi dan berintegrasi pesat dengan industri global.

 “Kami mempunyai banyak syarikat menyertai ekspo ini dari negeri Gujarat, yang telah muncul sebagai hab pengeluaran kelengkapan farmaseutikal di India,”katanya.  — Bernama

Advertisement