Anda di sini

Feri Sewol berjaya ditarik dari laut

Advertisement
 Gambar menunjukkan bangkai feri Sewol di antara dua kapal angkat berat gergasi semasa usaha untuk membawa balik kapal tersebut ke pelabuhan di laut di luar pulau Jindo, Korea Selatan kelmarin. — Gambar AFP
TUGAS BERAT: Gambar menunjukkan bangkai feri Sewol di antara dua kapal angkat berat gergasi semasa usaha untuk membawa balik kapal tersebut ke pelabuhan di laut di luar pulau Jindo, Korea Selatan kelmarin. — Gambar AFP

Lengkapkan salah satu peringkat paling rumit dalam operasi menyelamat

JINDO: Feri Sewol yang karam di Korea Selatan telah berjaya ditarik ke atas sebuah kapal angkat berat gergasi, kata pegawai semalam, satu langkah dalam usaha untuk membawa balik kapal tersebut ke pelabuhan.

 Hampir tiga tahun selepas ia karam dan mengorbankan lebih 300 orang, bangkai kapal itu diletakkan dengan selamat ke atas sebuah kapal separa tenggelam yang akan akhirnya membawanya ke darat.

 Hampir kesemua mangsa adalah kanak-kanak sekolah dan sembilan mayat yang masih belum dikesan dipercayai terperangkap di dalam kapal.

 “Kapal itu berjaya dipunggah ke atas kapal separa tenggelam pada jam 4.

10 pagi (waktu tempatan),” untuk melengkapkan salah satu peringkat paling rumit dalam operasi menyelamat, kata seorang pegawai Kementerian Lautan dan Perikanan yang bertanggungjawab ke atas operasi tersebut, Lee Cheol-Jo.

 Kapal sepanjang 145 meter itu dibawa ke permukaan dalam satu operasi menyelamat yang rumit, dipercayai antara pemulihan terbesar bangkai kapal yang sempurna dalam sejarah.

 Selepas ditarik ke permukaan dengan wayar yang diturunkan dari dua baj besar, flotila kapal tunda yang kuat menunda bangkai kapal itu ke arah kapal separa tenggelam.

 Ia diletakkan di atas dek kapal separa tenggelam, yang seterusnya naik sepanjang hari untuk mendedahkan badan kapal Sewol sepenuhnya.

 “Ia akan memakan masa tiga hingga lima hari bagi menyediakan kapal Sewol untuk ditunda ke Mokpo,” sebuah pelabuhan besar di pantai selatan, kira-kira 87 kilometer, kata Lee.

 Selepas ia diikat pada kapal berkenaan, ia akan memakan masa sehari untuk sampai ke pelabuhan.

 Kapal Sewol kemungkinan akan berlabuh di Mokpo pada awal April, di mana bangkai kapal itu akan diperiksa untuk mencari mayat.

 Selepas feri tiu selamat meninggalkan lokasi nahas, kementerian berkata penyelam akan mencari mayat dalam perairan dan dasar laut.

 Pagar bawah air telah dipasang mengelilingi kawasan di mana kapal Sewol karam.

 Operasi menyelamat kapal itu dijalankan menjelang ulang tahun ketiga bagi salah satu bencana maritim terburuk dalam sejarah negara itu, yang memberi tamparan hebat kepada presiden yang kini sudah disingkirkan, Park Geun-Hye.

 Siasatan merumuskan bencana itu umumnya disebabkan oleh manusia – hasil kumulatif di antara reka bentuk semula yang menyalahi undangundang, ruang kargo yang dipenuhi muatan berlebihan, kru tidak berpengalaman dan hubungan yang menimbulkan tanda tanya di antara pengusaha kapal dengan pengawal kerajaan.

 Beberapa anggota keluarga mangsa yang terkorban kelmarin menyaksikan operasi yang dinanti-nantikan itu dijalankan dari sebuah bot berdekatan lokasi kejadian.  — AFP

Advertisement