Anda di sini

New Zealand didesak siasat serbuan SAS di Afghanistan

Advertisement

WELLINGTON: Tekanan meningkat terhadap kerajaan New Zealand semalam bagi melakukan siasatan mengenai serangan pasukan khas yang gagal di Afghanistan yang dilaporkan telah menyebabkan enam orang awam terkorban, termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Sebuah buku yang diterbitkan pada minggu ini me-nyatakan SAS telah melakukan serangan pada 2010 sebagai “serangan membalas dendam” selepas seorang anggota tentera New Zealand terbunuh, namun maklumat perisikan yang salah bermakna mereka telah menyasarkan penduduk kampung dan bukannya pengganas.

Buku “Hit and Run”, ditulis oleh wartawan penyiasat Nicky Hager dan Jon Stephenson, turut mendakwa kerajaan dan tentera Wellington merahsiakan tentang kegagalan tersebut, menegaskan tiada orang awam yang terbunuh meksipun mereka mengetahui hal sebenar.

Salah satu rakan pakatan bagi kerajaan Nasional berhaluan kanan, United Future, telah menyeru bagi siasatan semalam selepas beberapa sumber muncul dan mencabar versi rasmi kejadian itu.

“Rakyat New Zealand berasa sangat bangga dengan reputasi SAS dan pasukan bersenjata kami secara umum-nya, dan tidak berharap untuk melihat ia terhapus, maka mereka berhak mendapat jaminan secara terbuka bahawa pasukan tentera kami tidak berkelakuan yang tidak sewajarnya,” kata ketua Uni-ted Future, Peter Dunne.

“Keadaan sekarang dengan dakwaan dan keterangan balas tidak akan menyediakannya, dengan itu beberapa bentuk siasatan peribadi adalah sesuai dilakukan.”

Amnesty International juga telah menyeru bagi satu siasatan ketika sekumpulan peguam hak asasi manusia New Zealand semalam meng-umumkan mereka mewakili kampung-kampung Afghan yang terjejas.

New Zealand telah menghantar pasukan pembangunan semula dan kontinjen pasukan tentera khas kecil bagi me-nyertai operasi yang diketuai oleh NATO di Afghanistan pada 2003.

Serbuan SAS di wilayah utara Baghlan, dirancang oleh New Zealand dan dengan bantuan helikopter AS, dilakukan pada 22 Ogos.

Beberapa hari kemudian Mohammad Ismail, ketua daerah Tala Wa Barfak, di mana insiden itu berlaku, memberitahu AFP bahawa lapan orang terbunuh, semua-nya orang awam. — AFP

Advertisement