Anda di sini

ERA fm Sarawak bawakan Ngek Tsai X Ucopp Show eksklusif di FB Live malam ini

Advertisement
 Dua selebriti popular sosial media di Malaysia iaitu Ngek Tsai dan Ucoppp akan bergabung buat julung kalinya dalam Ngek Tsai X Ucopp Show malam ini di FB Live.
JULUNG KALI: Dua selebriti popular sosial media di Malaysia iaitu Ngek Tsai dan Ucoppp akan bergabung buat julung kalinya dalam Ngek Tsai X Ucopp Show malam ini di FB Live.

KUCHING: Buat julung kalinya, ERA fm Sarawak bakal menggabungkan dua selebriti popular sosial media di Malaysia iaitu Ngek Tsai dan Ucoppp dalam sebuah rancangan yang dipanggil Ngek Tsai X Ucopp Show.

Ia juga merupakan kali pertama ERA fm Sarawak bergerak secara digital untuk menyiarkan kandungan yang menggunakan sepenuhnya platform digital khas buat pendengar mereka.

Kata Pengurus Besar Astro Radio Sabah & Sarawak, Hafiz Nizamuddin, “Disebabkan permintaan yang tinggi untuk menyaksikan program-program sebegini disiarkan oleh pendengar ERA fm Sarawak, kami mengambil keputusan untuk menggabungkan elemen lawak sosial media dengan radio melalui pentas digital yang kami sediakan.

“Apa yang menarik, para peminat di seluruh dunia boleh menyaksikan rancangan lawak ini tanpa batasan. Jika kebiasaannya, mereka melihat telatah kedua-dua selebriti media sosial ini beraksi di video mereka, kini ERA fm Sarawak bawakan secara khas sebuah rancangan yang menggabungkan kolaborasi kedua-dua mereka.”

Rancangan Ngek Tsai X Ucoppp Show ini bakal disiarkan secara langsung melalui Facebook ERA fm Sarawak pada jam 8 malam ini (25 Mac 2017). 

Ngek Tsai dan Ucoppp merupakan dua selebriti sosial media yang popular dengan video-video parodi mereka. Kedua-dua selebriti ini mempunyai jumlah pengikut yang sangat tinggi.

Bagi warga Sarawak pula, nama Ngek Tsai bukanlah asing lagi bagi mereka. Ini adalah kerana Ngek Tsai merupakan anak Sarawak yang popular dengan pelbagai video-video menariknya sama ada melalui Instagram, Facebook dan Youtube.

Telatah Ngek Tsai yang membuatkan para peminatnya tidak kering gusi adalah apabila gayanya yang menggunakan lawak di dalam bahasa Sarawak. Setiap lawaknya yang dipersembahkan akan diakhiri dengan perkataan ‘Ngek’. Kebanyakan video-video Ngek Tsai mendapat jumlah penonton yang sangat tinggi.

Ucoppp pula merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur yang mula popular melalui aplikasi Dubsmash. Kebanyakan pengikut Ucoppp amat gemar menonton gelagat beliau yang akan mengeluarkan pelbagai mimik mahupun pelbagai gaya muka yang akan menggeletek hati pengikutnya.

Selain kedua-dua selebriti itu, ERA  fm Sarawak turut menampilkan sebuah watak yang diberi nama Poco.

Siapakah Poco? Poco merupakan seorang penyampai di ERA fm Sarawak yang ke udara setiap Sabtu jam 9.30 pagi untuk  menyampaikan berita-berita gosip serta apa yang terkini (trending) di media sosial.

Kepada pedengar ERA fm Sarawak, jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan rancangan lawak Ngek Tsai X Ucoppp pada jam 8 malam ini secara langsung melalui Facebook LIVE ERA fm Sarawak.

Untuk keterangan lanjut, sila ikuti laman sosial ERA fm Sarawak (Facebook dan Instgram)  atau layari www.era.fm.

Advertisement