Anda di sini

Abe berkeras nafi skandal wang

Advertisement
 Abe bercakap pada sidang media di kediaman rasminya di Tokyo, baru-baru ini. — Gambar AFP
NAFI: Abe bercakap pada sidang media di kediaman rasminya di Tokyo, baru-baru ini. — Gambar AFP

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe semalam sekali lagi menolak dakwaan beliau menyumbang derma kepada seorang pendidik di tengah-tengah skandal po-litik yang semakin meluap-luap yang membelenggu negara ini.

Yasunori Kagoike, penyelia sekolah nasionalis yang kontroversi, bercakap selepas bersumpah kelmarin bahawa beliau menerima sumbangan berjumlah sejuta yen daripada Abe, yang diserahkan kepadanya, dakwanya, oleh isteri perdana menteri itu pada 2015.

Keterangan Kagoike yang disiarkan di televisyen di seluruh negara muncul ketika pembelian tanah kerajaan oleh beliau bagi pembinaan sebuah sekolah baharu dengan diskaun yang besar telah mendominasi liputan media selama beberapa minggu.

Abe, yang kadar pene-rimaannya yang tinggi telah terjejas, telah beberapa kali menafikan memberi wang kepada Kagoike dan dalam lebih daripada satu masa menawarkan untuk meletak jawatan sekiranya beliau di-dapati terlibat dalam urus niaga tanah tersebut.

Beliau semalam mengemukakan penafian baharu, menunjukkan beberapa e-mel di antara wanita pertama dan isteri Kagoike.

“Tidak ada apa-apa langsung seperti transaksi berjumlah sejuta yen yang disebut dalam perbualan tersebut,” Abe memberitahu Parlimen, merujuk kepada e-mel.

“Saya telah menunjukkan semua e-mel bagi menepis sebarang salah faham,” kata Abe, mempersalahkan Kagoike kerana menyatakan “hanya sebahagian daripada maklumat: semasa ketera-ngan angkat sumpahnya.

Penganalisis berkata sumbangan sebegitu secara sen-dirinya tidak mungkin adalah menyalahi undang-undang, namun sekiranya ia terbukti ia boleh menjejaskan kredibiliti perdana menteri berdasarkan penafian tegas beliau.

Abe turut menafikan memberi tekanan politik terhadap birokrat agar memihak kepada Kagoike ketika beliau membeli tanah kerajaan untuk rancangan beliau yang kini dibatalkan bagi membina sebuah sekolah rendah.

Skandal tersebut menarik minat di Jepun terutama disebabkan oleh watak Kagoike, yang pandangan beliau mengenai pendidikan adalah bercanggah dengan masya-rakat aliran utama.

Beliau menguruskan sebuah tadika di bandar barat Osaka yang menggalakkan doktrin nasionalis hiper serupa dengan apa yang diajar sehingga hujung Perang Dunia Kedua.

Abe turut menolak gesaan oleh parti pembangkang supaya isterinya dipanggil untuk disoal siasat.

Namun akhbar menyokong tindakan tersebut.

“Kami memerlukan lebih banyak keterangan” daripada pihak birokrat, ahli politik dan isteri Abe,” kata akhbar perniagaan terkenal Nikkei dalam satu kenyataan.

Kini dalam tahun kelima memegang jawatan, tempoh pemerintahan Abe masa ini adalah sebahagian besar bebas daripada skandal seperti yang melemahkan penggal setahunnya pada sedekad lepas. — AFP

Advertisement