Anda di sini

PM China lawat Australia, fokus kerjasama perdagangan

Advertisement

CANBERRA: Australia semalam menggesa China untuk meneruskan reformasi eko-nomi ketika Perdana Menteri Li Keqiang memulakan lawatan yang memberi tumpuan kepada perdagangan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat bahawa Amerika Syarikat (AS) semakin cenderung ke arah dasar perlindungan.

China merupakan rakan dagangan terbesar Australia dan kepentingan ekonomi-nya sudah meningkat dalam era Donald Trump selepas presiden AS itu memarahi Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull, dalam satu panggilan telefon yang mengetepikan ketertiban, dan menjejaskan hubungan.

Turnbull berkata beliau berharap China dan Australia dapat menandatangani perjanjian dua hala baharu pada waktu “suara yang semakin hingar menuntut pengunduran dari projek liberalisasi ekonomi global ke dalam dasar perlindungan”. 

Lawatan Li diadakan ke-tika AS mencabar prinsip global sekian lama berhubung dagangan bebas, apabila ia enggan memperbaharui ikrar antiperlindu-ngan masa lalu.

“Kerajaan saya tetap ko-mited kepada usaha memperjuangkan liberalisasi daga-ngan,” kata Turnbull dalam ruangan untuk Australian Financial Review, dan menambah beliau mengalu-alukan tindakan Presiden Xi Jinping baru-baru ini yang mempertahankan pasaran terbuka dengan lantang.

“Ia amat penting, bukan sahaja bagi China, tetapi juga ekonomi global dan Australia, agar China meneruskan agenda reformasinya yang banyak.”

Lawatan Li adalah yang paling kanan oleh seorang pemimpin China ke Aus-tralia sejak Xi pada November 2014 apabila beliau berjabat tangan untuk Perjanjian Dagangan Bebas China-Australia, yang berkuat kuasa pada 2015.

Selain dagangan dua hala, Turnbull dan Li dijangka berbincang mengenai kemajuan cadangan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Se-rantau yang diketuai China dan turut merangkumi negara-negara Asia Tenggara, India dan Jepun, tetapi mengecualikan AS.

Sementara perdagangan dijangka mendominasi per-bincangan, ketegangan di Laut China Selatan yang strategik, yang mempunyai laluan perkapalan global yang amat penting dan apa yang dipercayai deposit gas asli dan minyak yang signifikan, juga akan dibincangkan.

China menuntut kesemua kawasan itu walaupun terdapat tuntutan balas daripada beberapa negara lain. Canberra lantang menyuarakan pendapat bahawa semua perkapalan ada hak untuk menggunakan apa yang ia anggap sebagai perairan antarabangsa.

“Sekali lagi Perdana Men-teri Li dan saya akan mem-bincangkan kepentingan untuk memastikan semua pertikaian serantau, termasuk di Laut China Selatan, diselesaikan menerusi rundingan dan selari dengan undang-undang antarabangsa,” kata Turnbull. — AFP

Advertisement