Anda di sini

Dua wanita mengaku bersalah miliki loteri haram didenda

Advertisement

MIRI: Dua wanita masing-masing didenda RM4,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah terhadap tuduhan memiliki tiket-tiket loteri haram.

Vanessa Jennifer, 19, dari Bakong dan Sharon Melvelin, 20, dari Permyjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh didapati ada memiliki tiga helai kertas tiket-tiket loteri yang berangka 10,000 sebagai loteri awam haram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.55 petang, 4 Disember 2016 di kedai Nombor Dua di  sebuah lot di Jalan Dato Permaisuri 2C Quadruplex, Permyjaya di sini.

Advertisement