Anda di sini

Pecah rumah, lelaki dipenjara 14 tahun

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan melakukan pecah rumah dan curi.

Hukuman itu dijatuh Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Jacky Mike Rugu, 33, dari Kampung Trusan, Lawas telah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati telah melakukan pecah rumah dan mencuri barang-barang kepunyaan Johnny Yong Tak Chien.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama dua orang yang masih bebas pada jam 2.30 petang, 18 April 2012 di sebuah rumah di Jalan Alphine, Riam di sini.

Advertisement