Anda di sini

Konsert amal Muzik4Humanity kutip dana lebih RM500,000

Advertisement
 Gabungan empat penyanyi yang mempunyai suara mantap iaitu (dari kiri) Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Hattan, Jaclyn Victor dan Datuk Ramli Sarip di dalam sebuah konsert Muzik4Humanity di Istana Budaya baru-baru ini. — Gambar Bernama
GABUNGAN HEBAT: Gabungan empat penyanyi yang mempunyai suara mantap iaitu (dari kiri) Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Hattan, Jaclyn Victor dan Datuk Ramli Sarip di dalam sebuah konsert Muzik4Humanity di Istana Budaya baru-baru ini. — Gambar Bernama
 Persembahan yang memukau penonton oleh Datuk Ramli Sarip pada konsert Muzik4Humanity di Istana Budaya baru-baru ini. Konsert yang dianjurkan DNex bersama Mercy Malaysia bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak yang berada di negara-negara bergolak. — Gambar Bernama
MANTAP: Persembahan yang memukau penonton oleh Datuk Ramli Sarip pada konsert Muzik4Humanity di Istana Budaya baru-baru ini. Konsert yang dianjurkan DNex bersama Mercy Malaysia bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak yang berada di negara-negara bergolak. — Gambar Bernama

KONSERT amal ‘Muzik4Humanity’ yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini berjaya meraih kutipan dana melebihi RM500,000 selepas dua hari penganjurannya.

Konsert tersebut juga mendapat sambutan hangat apabila lebih 1,000 tetamu memenuhi panggung untuk menyaksikan persembahan empat penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Hattan, Datuk Ramli Sarip dan Jaclyn Victor.

Muzik4Humanity anjuran syarikat Dagang NeXchange Bhd (Dnex) dengan kerjasama Mercy Malaysia (Mercy) bertujuan mengumpul bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan di Kandahar, Afghanistan.

Timbalan Pengerusi Eksekutif Dnex, Datuk Samsul Husin berkata kesemua jumlah kutipan terdiri daripada derma dan hasil jualan tiket konsert akan dimanfaatkan dalam bentuk kewangan dan pemberian susu Halib sebanyak 1,600 kotak di bawah program Mercy Little Caliph.

Konsert amal ini adalah sebahagian daripada program sosial korporat Dnex dalam membantu gologan yang tidak bernasib baik dan program sebegini akan diteruskan sekiranya terdapat keperluan lagi pada masa hadapan,” katanya kepada Bernama.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Persembahan konsert yang berlangsung selama dua jam bermula tepat jam8.45 malam itu mengundang nostalgia orang ramai apabila para artis jemputan menyanyikan lagu-lagu ‘keramat’ masing-masing.

Lebih 10 lagu popular dipersembahkan sehingga memukau penonton seperti ‘Bisa Bonar’ dan ‘Memburu Rindu’ nyanyian Datuk Hattan; ‘Nyanyian Serambi’ dan ‘Kamelia’ (Datuk Ramli Sarip); ‘Ku Pendam Sebuah Duka’ dan ‘Ku Gembira Di Sampingmu’ (Datuk Khatijah Ibrahim) dan ‘Bersamamu’ (Jaclyn Victor). — Bernama

__alt__
Advertisement