Anda di sini

Hukuman kekal

Advertisement

Rayuan ringankan hukuman haruan makan anak ditolak, kekal dipenjara 40 tahun, 20 sebatan.

 Perayu semasa di Mahkamah Tinggi, Kuching semalam.
RAYUAN DITOLAK: Perayu semasa di Mahkamah Tinggi, Kuching semalam.

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas seorang penjawat awam bagi sabitan merogol anak tirinya pada awal tahun ini.

Hakim Dato’ Rhodzariah Bujang menolak rayuan dibuat lelaki berusia 55 tahun itu yang mengemukakan rayuan terhadap hukuman-hukuman dijatuhkan Mahkamah Sesyen dalam dua pertuduhan rogol sumbang mahram.

Bagi setiap tuduhan, dia dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 kali sebat dan diarah untuk dijalankan secara berasingan.

Dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 4 dan 5 Januari di kuarters kerajaan di Batu Lintang pada jam 10 pagi.

Dalam hujahan lisan, perayu menyeru hakim agar mempertimbangkan umurnya apabila dia kini 55 tahun dan jika menjalani hukuman penuh, dia tidak akan berpeluang untuk berjumpa dengan ibu bapanya yang di usia senja.

Lelaki itu memberitahu mahkamah, dia sanggup menerima lebih banyak sebatan sebagai ganti hukuman penjara lebih pendek.

Dalam menyampaikan keputusan, hakim mengekalkan hukuman-hukumannya selepas mengambil kira kesan buruk tindakan tersebut yang beliau sifatkan sebagai keji, kejam dan mengakibatkan trauma kepada mangsa.

Hakim memberitahu, kejadian rogol itu berlaku sejak Januari 2015 walaupun laporan polis mendakwa kejadian itu telah berlaku sejak lima tahun yang lalu.

Mangsa turut mengalami keguguran selama tiga kali selepas dipaksa mengambil pil oleh ibu bapa. Dia ketakutan dan berasa bersalah terhadap ibu serta keluarganya,” katanya.

Beliau turut memberitahu, perayu ketika mitigasi meminta hukuman lebih ringan.

Dia tidak menunjukkan sebarang penyesalan atas jenayah yang dilakukan,” katanya lagi.

Pada asalnya, perayu berhadapan dengan tujuh pertuduhan dan mengaku lima daripadanya, di mana dia menerima sejumlah 98 tahun hukuman penjara dan 45 sebatan.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi pertuduhan yang menunggu perbicaraan di Mahkamah Sesyen.

Dua tuduhan dinafikan selepas dia mendakwa tidak ada hubungan seksual dilakukan semasa cuti umum apabila dia membantu isterinya menjaga gerai.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal.  

  • oleh
  • Advertisement