Anda di sini

Dua wanita didenda mengaku miliki tiket loteri haram

Advertisement

MIRI: Dua wanita dalam dua kes berasingan masing-masing didenda RM4,000 dan RM4,200 oleh Mahkamah Majistret semalam setelah mengaku bersalah atas tuduhan memiliki tiket loteri haram.

Laura Spetney, 23, dari Taman Ceria Permyjaya dan Nazilen Unong, 18, dari Kampung Merikan, Lutong masing-masing telah didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan kes pertama, Laura telah didakwa memiliki dua helai kertas tiket-tiket loteri yang berangka 10,000 sebagai loteri haram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5.20 petang, 22 Januari lalu di belakang sebuah lot di Jalan Dato Permaisuri 2C Permyjaya di sini.

Manakala Nazilen didakwa memiliki sehelai kertas tiket-tiket loteri yang berangka 10,000 sebagai loteri haram.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya pada jam 4 petang, 26 Januari tahun ini di meja makan sebuah kedai makanan laut di Jalan South Yu Seng di sini.

Bagi kesalahan itu, Nazilen didenda RM4,000 atau empat bulan penjara dan Laura didenda RM4,200 atau empat bulan penjara.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement