Anda di sini

Wong Soon Kai meninggal dunia

Advertisement

KUCHING: Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Wong Soon Kai meninggal dunia di kediamannya pada jam 4 pagi.

Beliau yang dilahirkan pada 10 Februari 1927 meninggalkan seorang balu, Datin Patinggi Puan Sri Jane Yong Sau Kang, anak-anak dan cucu-cucunya.

Soon Kai juga merupakan bekas Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dari 1991 hingga 1996. 

Beliau bersara dari politik pada 1996.

Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian menerusi Facebook berkata, kehilangan Soon Kai merupakan berita sedih kepada parti.

"Mendiang Tan Sri merupakan komrad yang sentiasa prihatin dengan kebajikan parti dan rakyat Sarawak hingga ke akhir hayatnya," katanya.

"Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar kepada Sarawak dan negara," katanya lagi.

Upacara pengkebumian akan diadakan pada Sabtu ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dijangka memberi penghormatan terakhir pada petang Jumaat.

 
 
Advertisement