Anda di sini

Nelayan mati dibaham buaya

Advertisement

SYDNEY: Seorang nelayan yang mana mayatnya telah ditarik keluar dari air semalam kemungkinan dibaham seekor buaya besar, menurut polis, selepas botnya yang kosong dan tempuling ditemui di utara Australia.

Nelayan berusia 35 tahun itu memancing bersendirian di luar Innisfail, selatan Cairns di wilayah Queensland, dan dilaporkan hilang petang kelmarin ketika bot dan tempuling terapung yang tercacak padanya seekor ikan, telah ditemui.

Pencarian dari udara dan air dilancarkan sebelum satu mayat ditemui pagi semalam.

Siasatan awal menca-dangkan lelaki terbabit mungkin telah dibaham buaya,” kata polis Queensland, sambil menambah mereka percaya haiwan itu sepanjang empat meter.

Pegawai hidupan liar dari Jabatan Alam Sekitar dan Perlindungan Warisan telah menyasarkan buaya untuk dihapuskan.”

Akhbar The Cairns Post melaporkan seekor buaya yang agresif, dipercayai buaya yang sama, menyerang sebuah bot polis lewat kelmarin dalam apa yang dikatakan Inspektor Rhys Newton sebagai petunjuk sikap ketika reptilia telah membunuh baru-baru ini atau melindungi satu sumber makanan.

Sebulan lalu komuniti nelayan tempatan dikejutkan kejadian seorang lelaki dibaham ikan jerung di Hinchinbrook Island ber-hampiran, menurut akhbar.

Tragedi terbaharu muncul hanya sehari selepas seorang remaja terlepas daripada mulut seekor buaya dengan menumbuk kepalanya semasa berenang pada larut malam di sebatang sungai berhampiran Innisfail.

Lelaki berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan teruk pada tangan kirinya selepas dicabar untuk terjun oleh kawannya.

Jumlah buaya air masin melonjak sejak diumumkan sebagai spesies terlindung pada 1971. — AFP

Advertisement