Anda di sini

Lelaki mengaku tidak bersalah melakukan ugutan jenayah

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki berusia 53 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan melakukan ugutan jenayah.

Lau Chee King didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 20 Jun tahun lepas kira-kira jam 10.30 pagi di sebuah kedai kopi di Jalan Pedada.

Dia dikatakan mengacukan sebilah pisau dapur sambil mengugut untuk membunuh Wong Lien Hee, 48.

Dalam prosiding semalam, Lau memberitahu mahkamah bahawa beliau memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya dalam bahasa Foochow dan mengaku tidak bersalah.

Mahkamah membenarkan dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh dua penjamin tempatan.

Dia dikehendaki hadir di mahkamah sekali lagi pada 19 April ini untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan.

Advertisement