Anda di sini

Bekas gerila calon presiden Timor Timur paling menonjol

Advertisement
 Guterres menunjukkan jarinya yang dicelup dakwat sejurus mengundi di Dili, semalam. — Gambar Reuters
PILIHAN: Guterres menunjukkan jarinya yang dicelup dakwat sejurus mengundi di Dili, semalam. — Gambar Reuters

DILI: Timor Timur mengundi untuk seorang presiden baharu semalam, dengan seorang bekas pejuang gerila diramalkan akan menang selepas mendapat sokongan daripada dua parti paling besar, dalam satu petanda baharu kestabilan bagi negara  terbaharu di Asia itu.

Pilihan raya muncul pada satu masa yang mencabar bagi negara kecil separuh pulau 15 tahun selepas mencapai kemerdekaan, dengan simpanan minyak semakin kering dan pemimpinnya berusaha untuk mencapai perjanjian dengan Australia dalam satu perbalahan mengenai bidang-bidang tenaga yang lumayan.

Ia ada pilihan raya presiden yang pertama sejak kepulangan anggota tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2012 namun di sebalik kebimbangan terhadap keganasan di sana terdapat keganasan merebak pada permulaan pilihan raya

Francisco Guterres, dikenali dengan nama gelarannya ‘Lu-Olo’, merupakan calon kegemaran bagi memenangi jawatan presiden yang kebanyakan disambut baik namun boleh memiliki satu peranan utama dalam memastikan kedamaian di antara ahli politik yang berbalah di negara ini.

Beliau adalah ketua bagi parti kedua terbesar, Fretilin, dan juga mendapat sokongan daripada wira kemerdekaan Xanana Gusmao dan partinya CNRT, yang terbesar di negara itu.

Penganalisis menyatakan pencalonan bersepadu akan mempertingkatkan kestabilan di sebuah negara yang telah beberapa kali digegarkan oleh beberapa keganasan sejak mencapai kemerdekaan pada 2002 selepas penaklukan kejam Indonesia selama 24 tahun.

Itu adalah bagus dari pandangan berkaitan dengan kestabilan, kerana politik yang kompetitif boleh menimbulkan ketegangan,” menurut Damien Kingsbury, pakar Timor Timur dari Universiti Deakin di Australia.

Kingsbury menyatakan ia mencadangkan supaya negara akan terus diterajui oleh sebuah kerajaan yang bersatu selepas pilihan raya parlimen pada lewat tahun tersebut.

Namun beliau menambah bahawa tanpa pembangkang yang ada boleh menimbulkan kebimbangan mengenai akauntabiliti kerajaan.

Guterres berasal dari sebuah keluarga yang sederhana dan seperti mana anggota bagi kelas politik Timor Timur yang terlibat dalam per-tempuran berdarah terhadap penaklukan Indonesia.

Beliau merupakan calon Fretilin yang tidak berjaya dalam pilihan raya presiden pada 2007.

Terdapat lapan orang calon lain yang bertanding dalam pilihan raya presiden, dan sesiapa sahaja yang berjaya akan men jadi presiden bagi sebuah negara yang mempunyai cabaran-cabaran besar.

Timor Timur masih lagi sebuah negara yang sangat miskin dan kerajaannya telah berusaha untuk memperbaiki kehidupan untuk 1.1 juta orang rakyatnya.

Selain mempelbagaikan ekonomi yang kaya dengan sumber berbanding cuma bergantung kepada minyak, para pemimpin negara harus mempersetujui sempadan laut baharu dengan Australia selepas membatalkan perjanjian maritim yang mengurangkan bidang tenaga.

Sekiranya tiada calon yang memenangi lebih 50 peratus undian semalam, pilihan raya akan diteruskan dengan pusingan kedua pada April.

Pusat pengundian ditutup jam 3 petang waktu tempatan dan keputusan awal bakal diketahui beberapa hari lagi.

Ramai calon bukannya pesaing yang serius dan lebih berasa bimbang untuk menaikkan profil parti mereka sebelum pilihan raya parlimen yang lebih penting yang menentukan kerajaan dan perdana menteri.

Semasa penjajahan Indonesia di Timor Timur, 183,000 orang maut akibat pertempuran, kelaparan atau penyakit. — AFP

Advertisement