Anda di sini

20 pelajar mati ditimpa pokok ketika ribut di Ghana

Advertisement

ACCRA: Seramai 20 pelajar mati selepas beberapa batang pokok tumbang menimpa mereka yang sedang berenang di sebatang sungai semasa serangan ribut di Ghana, menurut pegawai kecemasan kelmarin.

Jurucakap Perkhidmatan Bomba Negara Ghana Prince Billy Anaglate menyatakan, insiden luar biasa berlaku tengah hari kelmarin ketika sekumpulan pelajar sekolah tinggi berenang di air terjun Kintampo, sebuah destinasi pelancongan popular di wilayah Brong-Ahafo.

Anaglate memberitahu, tiupan angin kencang kemudian menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan jatuh menimpa kesemua mangsa yang ketika itu sedang seronok mandi-manda.

Seramai 18 pelajar mati serta-merta manakala dua lagi maut setibanya di hospital, menurut Anaglate, sambil menambah bahawa 11 orang lagi kini dirawat termasuk salah seorang pentadbir sekolah yang bertanggungjawab atas lawatan tersebut.

Kami menyampaikan ucapan takziah kami kepada keluarga mangsa yang mati serta mendoakan mereka yang tercedera,” menurut menteri pelancongan Catherine Abelema Afeku. — AFP

Advertisement