Anda di sini

Sweet Aiman buah tangan terbaru Aiman Tino

Advertisement
__alt__

PENYANYI muda yang semakin meningkat naik, Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohd Aiman Yusri, 18, kini menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan produk kecantikan, Sweet Aiman.

 Impak lagu ‘Ku Rela Dibenci’ melonjakkan nama Aiman sebaris penyanyi popular yang lain dan terus mendapat perhatian ramai apabila dia turut terpilih beraksi di pentas akhir Juara Lagu tahun 2016 sedikit masa lalu.

 Fenomena ini mencetuskan ilham kerjasama antara Aiman dan Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd (Wonder Glow).

 Sebelum ini, Aiman juga pernah menjual pelbagai jenis barang cenderamata kepada peminatnya ketika mengadakan persembahan di seluruh Malaysia.

 Menyedari akan perkara itu maka timbul lah idea untuk Aiman mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan beliau sendiri yang diberi nama ‘Sweet Aiman’.

 Bagi Aiman ini satu kepuasan pada dirinya apabila produk ini sudah mendapat perhatian di pasaran apatah lagi ia dihasilkan khas buat peminat-peminatnya terutamanya peminat perempuannya.

 Kepada peminat setia Aiman Tino di Sarawak, tunggu sahaja kedatangan penyanyi ini menerusi rangka promosi untuk bertemu peminat yang akan diadakan di Mydin City One, Kuching pada 8 April 2017, jam 3.

30 petang dan Mydin Samariang, Kuching pada 29 April 2017, juga jam 3.

30 petang.

 Untuk keterangan lanjut mengenai produk Sweet Aiman, sila hubungi +6010 7094042 atau boleh juga lawati Instagram sweetaiman360 dan juga laman web www. sweetaiman360.com.

Advertisement