Anda di sini

Beijing, Washington kembali mesra

Advertisement
 Xi (kiri) bertemu Tillerson di Dewan Agung Rakyat di Beijing, semalam. — Gambar Reuters
MESRA SEMULA: Xi (kiri) bertemu Tillerson di Dewan Agung Rakyat di Beijing, semalam. — Gambar Reuters

Pertemuan Tillerson dengan Xi dibayangi ‘era baharu’ industri roket Korea Utara

BEIJING: Presiden China Xi Jinping dan Setiausaha Luar Amerika Syarikat (AS) Rex Tillerson berikrar dalam rundingan semalam untuk mengukuhkan hubungan yang tegang ekoran pertikaian mengenai dagangan dan Korea Utara.

 Tillerson bertemu Xi di Beijing hanya beberapa jam selepas Korea Utara menguji sekali lagi hubungan ASChina dengan mengumumkan ujian enjin roket provokatif, dan susulan rundingan rumit untuk sidang kemuncak Xi bersama Presiden AS Donald Trump.

 Xi memberitahu Tillerson beliau dan Trump telah membuat keputusan dalam panggilan telefon bulan lepas untuk berganding bahu memajukan kerjasama China- AS.

 “Saya yakin selagi kita boleh melakukannya, perhubungan ini pasti akan mara dalam hala tuju yang betul,” tegas Xi.

 Trump kerapkali menuduh China menjalankan amalan dagangan tidak adil, tetapi semasa di Beijing, Tillerson cuba mengambil hati.

 “Kami t ahu me l a lui dialog berterusan kita akan lebih memahami sekali gus mengukuhkan hubungan antara China dan As serta menetapkan perhubungan kerjasama masa depan kita,” katanya kepada Xi.

 Te rdahulu s ema l am, media rasmi Korea Utara melaporkan rejim telah menguji enjin berkuasa tinggi yang disanjung pemimpin Kim Jong-un s ebaga i ‘kelahiran baharu’ bagi industri roketnya yang dilihat pakar sebagai penyamaran bagi pembangunan misil balistik antara benua.

 Pengumuman tersebut dilihat bertujuan mengeruhkan lawatan Tillerson ke China.

 Tillerson kelmarin berkata selepas rundingan dengan rakan sejawatannya dari China Wang Yi, ketegangan di semenanjung Korea telah mencapai paras berbahaya.

 Tillerson dan Wang telah ber ikrar untuk menggembleng usaha dalam perlucutan nuklear rejim Kim namun tidak menawarkan sebarang cara yang jelas.

 Wang baga imanapun menegur Tillerson dengan menyatakan semua pihak termasuk ‘rakan-rakan dari AS’, boleh menangani situasi dalam cara yang lebih waras.

 Agensi berita rasmi Utara KCNA berkata, Kim memantau ujian enjin roket itu dan menegaskan bahawa seluruh dunia bakal menyaksikan kepentingan kejayaan hebat pada hari ini, dalam amaran yang terselindung terhadap musuhmusuh Pyongyang.

 Akhbar parti pemerintah Rodong Sinmun memaparkan gambar di muka depan yang menunjukkan Kim tersenyum bangga membawa belantan melihat api berkepul keluar dari enjin.

 TV rasmi turut menunjukkan Kim bertemu anggota tentera dan saintis di tapak pelancaran serta berpelukan dan mengendong di belakangnya seorang askar tua yang kelihatan menangis kegembiraan.

 KCNA mendakwa enjin baharu itu boleh digunakan untuk melancarkan satelit tetapi roket dengan mudah diubah suai untuk membawa peluru berpandu.

 Tillerson menyebut tentang peluang untuk lawatan selanjutnya tetapi meninggalkan China tanpa bercakap kepada media.

 Liputan lawatan berprofi l rendah itu dirumitkan oleh keputusannya untuk tidak membawa pasukan media seperti biasa, satu kelainan daripada tradisi sejak 50 tahun lalu.

 Sebaliknya, Tillerson menimbulkan kemarahan koresponden AS dan asing yang mempunyai akreditasi untuk membuat liputan program Jabatan Luar dengan mengajak cuma seorang wartawan.

 Itu pun dari penerbitan konservatif yang tidak dikenali bertajuk ‘Independent Journal Review’.  — AFP

Advertisement