Anda di sini

Zulin Aziz muncul dengan single sulung ‘Terbiar’

Advertisement
__alt__

ZULIN Aziz merupakan seorang pelakon, pengacara, penyampai radio dan juga seorang komedian wanita yang tidak asing lagi di dalam industri seni tanah air.

 Pemilik nama Farah Azleenda Abd Aziz ini memulakan kariernya sebagai anak seni dengan mencuba nasib di dalam salah sebuah program realiti televisyen terbitan Suhan Movies iaitu ‘Pilih Kasih’ pada tahun 2009 dan berjaya menjadi salah seorang fi nalis.

 Selepas itu, beliau meneruskan bakat lakonannya di dalam beberapa drama dan fi lem di antaranya ialah ‘Penanggal’, ‘Joyah Vs Bedah’, ‘Misiku Kuza’, ‘Lagenda Budak Setan’, ‘Suamiku Mr Perfect’, dan banyak lagi.

 Setelah namanya semakin dikenali dalam bidang lakonan, beliau kemudiannya diundang untuk menjadi pengacara untuk program yang berprestij seperti Melodi pada tahun 2015, Anugerah Lawak Warna, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014.

 Untuk menjadi seorang anak seni yang serba boleh beliau ingin terus mencabar dirinya dengan menjadi seorang komedian dimana beliau telah menyertai program Liga Lawak Superstar TV3 dan dinobatkan sebagai Naib Juara.

 Beliau juga menyertai program Juara Parodi 2015 terbitan Astro, di mana program ini menggabungkan penyanyi dan pelawak popular tanahair untuk berentap di pentas dengan konsep gabungan nyanyian dan komedi.

 Atas pencapaian beliau sebagai seorang anak seni serba boleh maka Zulin telah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) 2014 untuk tiga kategori iaitu pelawak wanita popular, pengacara wanita popular dan artis baru wanita popular.

 Bakat Zulin tidak berakhir di situ kerana kini beliau memperluaskan bakat sedia ada di dalam bidang nyanyian pula.

 Seperti ramai yang sudah sedia maklum beliau memiliki suara yang merdu apabila beliau telah memuat naik video nyanyiannya di laman sosial Instagram dengan mendapat sambutan di luar dugaan.

 ‘Terbiar’ adalah single pertama Zulin yang membawa genre bossa balada.

 Lagu itu merupakan hasil ciptaan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar.

 Lagu ‘Terbiar’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform iTunes, Apple Music, Spotidy, JOOX, Yonder dan KKBox.

Advertisement