Anda di sini

Pentagon nafi sasari masjid di Syria

Advertisement
 Tempat kejadian pascaserangan yang didakwa Pentagon sebagai lokasi mesyuarat ketua-ketua kanan Al-Qaeda di al-Jineh dalam gambar serahan Pentagon di Washington, DC kelmarin. — Gambar Reuters
DAHSYAT: Tempat kejadian pascaserangan yang didakwa Pentagon sebagai lokasi mesyuarat ketua-ketua kanan Al-Qaeda di al-Jineh dalam gambar serahan Pentagon di Washington, DC kelmarin. — Gambar Reuters

Puluhan orang awam maut apabila serangan sehala AS ranapkan ‘pusat Al-Qaeda’

AL-JINEH: Amerika Syarikat (AS) berkata k e lma r in bahawa i a melancarkan serangan udara ke atas lokasi mesyuarat Al-Qaeda di Syria tetapi menolak dakwaan badan pemantau bahawa lokasi tersebut sebenarnya sebuah masjid dan menyebabkan 49 orang maut.

 Syrian Observatory for Human Rights berkata, kebanyakan mangsa dalam serangan lewat Khamis lalu di kampung Al-Jineh di wilayah utara Aleppo adalah orang awam.

 Di Washington, Pentagon menegaskan bukan masjid terkena serangan sebaliknya bangunan berhampiran yang mengandungi puluhan anggota Al-Qaeda, sebahagian daripadanya terbunuh.

 “Masjid tersebut masih utuh dan tidak rosak sedikit pun.

 “Bangunan yang kami sasari adalah berhampiran dan serangan jelas sekali mengenai sasaran,” kata jurucakap Pentagon Kapten Tentera Laut Jeff Davis.

 Beliau menunjukka n gambar hitam dan putih sebuah masjid lama dengan sebuah bangunan ranap tidak jauh dari situ.

 Seorang lagi jurucakap Pentagon berkata kemudian: “Perisikan menandakan pemimpin Al-Qaeda menggunakan balai raya yangn separuh siap itu sebagai tempat perhimpunan serta tempat untuk mendidik dan memupuk pejuangnya.

” Koresponden AFP yang melawat tempat kejadian kelmarin berkata, terdapat dua masjid Omar bin al-Khattab di Al-Jineh dan kedua-duanya terletak berhampiran.

 Masjid lama rosak manakala masjid baharu musnah sepenuhnya.

 Para pekerja penyelamat bertopi keselamatan putih giat menggali puing dan berjaya mengeluarkan mayat seorang lelaki.

 Ki tab suci al -Quran pula berselerakan di tempat kejadian, menurut koresponden terbabit.

 Pusat Arahan Pusat AS berkata kelmarin ia akan menyiasat sebarang dakwaan mengenai kematian orang awam berhubung serangan itu yang dilancarkan secara sehala oleh AS.

 Saleh Saeed al-Sheikh, yang mana abangnya Mustafa antara yang terbunuh dalam serangan udara tersebut, menegaskan sememangnya terdapat sebuah madrasah pengajian al-Quran di dalam masjid tersebut.

 Kebanyakan bangunan yang dikenal pasti dari luar melalui sekeping sepanduk hitam sebagai sebuah masjid, ranap sepenuhnya.

 Khuatir serangan lanjut, solat Jumaat telah dibatalkan di bandar dan kampung seluruh utara Syria, menurut koresponden.

 Anggot a penye l ama t terdahulu telah meninggalkan tempat kejadian tetapi terdorong untuk kembali apabila mendengar suara dari dalam runtuhan.

 “Lebih 100 orang cedera,” kata pengarah Observatory Rami Abdel Rahman pada Khamis sambil menambah, ramai masih terperangkap di bawah masjid yang ranap itu di sebuah kampung kira-kira 30 kilometer barat Aleppo.

 Al-Jineh masih dikuasai kumpulan Islamis tetapi Observatory berkata tiada kumpulan pejuang yang hadir.

 Penduduk Abu Muhammed berkata, beliau mendengar bunyi letupan yang kuat apabila masjid itu diserang sejurus selepas waktu sembahyang ketika pengajian agama untuk lelaki diadakan.

 “Saya melihat 15 mayat dan banyak cebisan mayat dalam puing apabila saya tiba di tempat kejadian.

 “Kami malahan tidak dapat mengenal pasti sesetengah mayat tersebut,” katanya.

 Serangan tersebut dikecam kumpulan Ahrar al-Sham sebagai jenayah perang di bawah undangundang antarabangsa kerana menyasari masjid.

 Rejim Israel turut melancarkan serangan udara sebelum subuh di Syria, mengenai beberapa sasaran berhampiran kota purba tersohor Palmyra yang mendorong rejim Damsyik untuk membalas.

 Tentera Syria berkata, mereka telah menjatuhkan sebuah jet pejuang Israel dan mengenai sebuah lagi, tetapi dinafi kan rejim yang kemudian mendakwa memintas sebutir peluru berpandu.

 Sumber ketenteraan Jordan berkata, serpihan misil mengenai kawasan utara tetapi tiada kematian atau kecederaan.  — AFP

Advertisement