Anda di sini

Musim monsun punca kematian lumba-lumba

Advertisement
 Bangkai ikan lumba-lumba ditemui terdampar di Pantai Luak, Miri Isnin lalu.
DITEMUI: Bangkai ikan lumba-lumba ditemui terdampar di Pantai Luak, Miri Isnin lalu.

Musim monsun berkemungkinan menyebabkan penemuan bangkai ikan lumba-lumba Isnin lalu

MIRI: Musim monsun ketika ini berkemungkinan menyebabkan penemuan bangkai ikan lumba-lumba atau ‘Finless Porpoise’ yang terdampar di Pantai Luak di sini Isnin lalu.

Bendahari Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Cawangan Miri Iqbal Abdollah ketika dihubungi semalam berpendapat bahawa kematian ikan-ikan tersebut disebabkan beberapa teori yang berkaitan.

Ia adalah perkara biasa melihat ikan lumba-lumba terdampar dan mati di pantai Sarawak.

Disebabkan keadaan monsun sekarang, ikan lumba-lumba itu mungkin hilang arah menyebabkannya tidak kembali ke laut dalam dan satu-satunya arah adalah menuju ke pantai teluk.

Peluang ikan lumba-lumba untuk hidup adalah tipis melainkan sempat dijumpai hidup oleh orang ramai dan dilepaskan kembali ke laut pada waktu itu,” katanya.

Menurut Iqbal, musim monsun dijangka berakhir pada penghujung Mac ini.

Oleh itu, tidak perlu panik atau bimbang dengan perkara tersebut kerana ia adalah kejadian alam semula jadi walaupun terdapat ikan dan spesies krustasia yang lain dijumpai terdampar,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Oswald Braken Tisen daripada Sarawak Marine Mammal Stranding Network (SMMSN) berkata tindakan diambil oleh Jabatan Perhutanan Miri dan Sarawak Forestry Corporation (SFC), SFC Miri dan beberapa ahli SMMSN lain.

Timbalan Pengurus Besar SFC (Kawasan Perlindungan, Biodiversiti dan Pemuliharaan) itu berkata, bangkai ikan lumba-lumba itu ditanam di Piasau Nature Reserve.

Bagaimanapun, punca kematian ikan lumba-lumba dan spesies krustasia yang lain belum dapat dikenal pasti,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement