Anda di sini

Polis Bangladesh serbu rumah pelampau, empat terbunuh

Advertisement
 Anggota pasukan keselamatan Bangladesh dilihat bersedia untuk menyerbu sebuah rumah di mana kumpulan pelampau Islam disyaki bersembunyi di Chittagong kelmarin. — Gambar AFP
SEDIA BERTINDAK: Anggota pasukan keselamatan Bangladesh dilihat bersedia untuk menyerbu sebuah rumah di mana kumpulan pelampau Islam disyaki bersembunyi di Chittagong kelmarin. — Gambar AFP

CHITTAGONG: Empat suspek yang disyaki pelampau maut di Bangladesh awal semalam selepas polis menyer-bu sebuah rumah di mana, menurut mereka, anggota sebuah kumpulan pelampau Islam, yang dituduh melakukan siri serangan berdarah, bersembunyi.

Polis menyerbu bangunan berkenaan di kota pelabuhan selatan Chittagong lewat kelmarin, yang mencetuskan ketegangan selama 15 jam dengan anggota militan yang bersenjatakan senapang dan bom tangan di mana kira-kira 20 orang awam terperangkap di dalam. 

Semalam, ketua polis negara A.K.M Shahidul Hoque mengisytiharkan operasi itu sudah berakhir dan berkata empat anggota kumpulan pelampau tempatan Jamayetul Mujahideen Bangladesh (JMB) telah maut.

Sekurang-kurangnya dua daripada mereka mati dalam satu letupan bunuh diri, kata Sanwar Hossain, timbalan pesuruhjaya tambahan bagi unit antiterorisme polis.

Mereka keluar di tangga dan melancarkan letupan besar. Bahagian badan mayat mereka terpelanting sejauh 25-30 meter,” kata Hossain.

Seramai 20 orang lagi yang terperangkap di dalam bangunan sepanjang malam selepas polis menutup tempat itu dibawa keluar dengan selamat, kata pegawai polis.

Dua anggota polis cedera dalam operasi itu.

Pelampau membaling sekurang-kurangnya 10 bom tangan ke arah pegawai kami. Mereka duduk dalam salah satu flet tingkat bawah dalam bangunan itu,” kata penguasa polis tambahan Mosiuddowla Reza kepada AFP.

Mereka juga menembak kami dengan pistol.”

Pasukan polis antiterorisme elit tambahan dihantar ke kawasan kejadian dari ibu negara selepas waktu tengah malam untuk menyerbu perkarangan, katanya.

Bangladesh sudah meng-alami beberapa serangan berdarah ke atas aktivis sekular, orang asing dan penganut agama minoriti sejak beberapa tahun yang lalu.

Kumpulan Negara Islam dan Al-Qaeda sudah me-ngaku melancarkan banyak serangan ini, tetapi kerajaan dan polis menolaknya dan berkata kumpulan tempatan bertanggungjawab.

Mereka menyalahkan JMB bagi serangan itu, termasuk satu serangan di sebuah kafe di Dhaka di mana 22 orang termasuk 18 tebusan warga asing dibunuh.

Pasukan keselamatan me-lancarkan operasi untuk membanteras pelampau selepas serangan itu, menangkap puluhan suspek pelampau dan membunuh beberapa ketua tertinggi sel militan tempatan.

Pada bulan ini mereka melancarkan siri serangan sebagai sebahagian daripada operasi keselamatan yang penting di wilayah Chittagong selepas menahan dua pelampau dengan bom tangan pada awal bulan ini di lebuh raya Dhaka-Chittagong.

Kelmarin polis turut me-nyerbu sebuah lagi lokasi yang disyaki tempat persembunyian di kawasan di mana mereka menangkap dua orang yang menurut mereka adalah anggota JMB.

Satu cuba meletupkan diri sebelum dia ditahan, kata Reza kepada AFP.

Kami menangkap mereka ketika si isteri membawa bayi-nya yang berusia tiga bulan dalam sebelah tangan dan cuba meletupkan ves bunuh diri dengan tangan sebelah lagi,” katanya.

Satu unit pemusnah bom kemudian mematikan ves tersebut.” — AFP

Advertisement