Anda di sini

Pilihan raya: PM Belanda tewaskan cabaran haluan kanan

Advertisement

THE HAGUE: Perdana Menteri Belanda Mark Rutte dengan mudah menewaskan cabaran yang kuat daripada pencabar haluan kanan Geert Wilders dalam pilihan raya penting yang dilihat sebagai pengukur bagi sokongan populis di Eropah, kiraan sebahagian undi menunjukkan semalam.

Selepas lebih 54 peratus undi siap dikira, parti Rutte, Liberal VVD, dijangka memenangi 32 kerusi, menjadikannya yang terbesar dalam Parlimen baharu yang mempunyai 150 kerusi, manakala Wilders dan Parti Kebebasan (PVV) mendu-duki tempat kedua bersama dua lagi dengan 19 kerusi, kata agensi berita Belanda, ANP.

Jutaan rakyat Belanda berpusu-pusu ke pusat undian dalam penyertaan yang hampir memecah rekod, dengan taruhan yang tinggi dalam pilihan raya yang melaga-laga-kan Rutte yang pro-Eropah dengan pencabarnya yang antiimigresen dan anti-Kesa-tuan Eropah (EU).

Selepas referendum Brexit yang mengejutkan pada tahun lepas dan kemenangan Donald Trump di Amerika Syarikat, pilihan raya di Belanda diikuti dengan dekat sebagai ukuran bagi kebangkitan populisme di benua Eropah sebelum pili-han raya yang amat penting di Perancis dan Jerman.

Ini adalah malam apabila Belanda, selepas Brexit dan pilihan raya Amerika, berkata ‘berhenti’ kepada jenis populisme yang salah,” kata Rutte kepada penyokong yang bersorak.

Sekarang ia sudah tentu adalah penting untuk menyatukan negara dalam tempoh beberapa minggu dan bulan akan datang dan kita berjaya menubuhkan kerajaan yang stabil bagi tempoh empat tahun akan datang,” tambahnya.

Pemimpin yang lega di Eropah, selepas mereka bimbang mengenai kebangkitan sentimen anti-EU dalam salah satu negara pengasas blok tersebut, mengucapkan tahniah kepada Rutte, sekarang memasuki penggal ketiga sebagai ketua salah satu ekonomi terbesar dalam eurozon.

Seorang jurucakap bagi ketua Suruhanjaya EU Jean-Claude Juncker memujinya sebagai “undian menentang pelampau” manakala satu sumber kanan Eropah yang enggan dikenali memberi-tahu AFP: “Akal waras menyerang balik.”

Menteri Luar Jean-Marc Ayrault di Perancis, di mana calon haluan kanan Marine Le pen sekarang dilihat memenangi pusingan pertama pilihan raya presiden pada April, mengucapkan tahniah kepada Rutte kerana “menghentikan kebangkitan golongan haluan kanan”.

Wilders telah berjanji untuk menutup sempadan kepada pendatang Islam, menutup masjid, melarang penjualan al-Quran dan meninggalkan EU jika beliau memenangi pilihan raya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya dalam satu pesanan Twitter, dan partinya dijangka menambah jumlah Ahli Parlimennya kepada 19. PVV memenangi 15 kerusi dalam pilihan raya 2012, yang turun kepada 12 dalam Parlimen sekarang.

Kami memenangi kerusi. Pencapaian pertama sudah dibuat. Dan Rutte belum lagi dapat membuang saya,” katanya.

Sambil mengintai rundingan perikatan yang berlarutan selama berminggu-minggu, jika tidak berbulan-bulan, Wilders menawar awal semalam untuk bekerja dengan kerajaan baharu.

Saya masih mahu sama-sama memerintah sebagai PVV, jika boleh. Tetapi jika ia tidak berjaya, kami akan menyokong kabinet, di mana perlu, dalam isu yang penting bagi kami.”

Jumlah pengundi mencapai 81 peratus, kurang daripada rekod 88 peratus yang dicipta pada 1977.

Rutte dipercayai mendapat manfaat daripada pendiriannya yang tegas dalam per-balahan diplomatik yang semakin buruk dengan Turki selepas pihak berkuasa me-larang menteri Turki daripada berkempen untuk mendapatkan sokongan bagi satu referendum di Belanda.

Seandainya keputusan setakat ini mencerminkan ke-putusan muktamad, Rutte akan mendapat peluang pertama untuk menubuhkan perikatan seterusnya mungkin bersama parti Tarikan Demokratik Kristian (CDA) dan parti Demokrasi, D66, yang menandingi Wilders dengan 19 kerusi seperti yang diramalkan.

Namun dengan jumlah keseluruhan 70 kerusi yang dimenangi ketiga-tiga parti, beliau memerlukan sebuah lagi parti untuk mencapai majoriti 76 kerusi.

PVV bukan kuasa ala Trump yang mencetuskan revolusi,” kata pakar di Universiti Leiden, Geerten Waling, kepada AFP.

Orang  umumnya me-nyokong ahli politik yang bertanggungjawab,” katanya tetapi mengakui pencapaian PVV “tidak kecil”. — AFP

Advertisement