Anda di sini

Pembunuh botak menang kes saman rambut palsu

Advertisement

WELLINGTON: Seorang pencabul kanak-kanak dan pembunuh yang disabit kesalahan di New Zealand memenangi satu tindakan undang-undang semalam dengan hujah bahawa pihak berkuasa penjara melanggar haknya apabila mereka menyita rambut palsu yang dia gunakan untuk menyamar diri ketika dia lari dari negara tersebut.

Phillip John Smith lari ke Brazil pada November 2014 ketika dibebaskan sementara waktu dari Penjara Auckland.

Ketika itu, dia memakai rambut palsu yang dibenarkan untuk dipakainya dua tahun sebelum itu “untuk meningkatkan rasa harga diri”.

Ketika dia ditangkap semula dan pulang ke New Zealand tiga minggu kemudian, rambut palsu itu disita dan imej kepala botak Smith telah dipaparkan dalam media ketika dia muncul di mahkamah.

Saya rasa diperkecilkan, diaibkan dan dihina,” katanya kepada Mahkamah Tinggi pada awal bulan ini.

Smith dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 1996 kerana mencabul seorang budak lelaki dalam tempoh tiga tahun, kemudian menjejaki mangsanya selepas keluarga mangsa lari ke kota lain.

Smith memecah masuk ke dalam rumah keluarga mangsa dan menikam bapa budak terbabit sehingga mati ketika si bapa cuba melin-dungi anaknya.

Banduan berusia 42 tahun itu memberitahu mahkamah, rambut palsu itu penting untuk pemulihannya yang berterusan kerana dia amat sensitif mengenai kebotakannya.

Hakim Edwin Wylie me-nerima hujah Smith bahawa Jabatan Penjara gagal untuk menimbang haknya ketika ia merampas rambut palsu itu.

Saya sudah merumuskan bahawa hak asasi Encik Smith kepada kebebasan ekspresi telah diabaikan,” katanya dalam satu penghakiman bertulis yang disampaikan semalam.

Satu hak penting telah dicabul dan pencabulan itu mungkin relevan.”

Peguam mangsa Ruth Money berkata kes Smith “memalukan bagi New Zealand”.

Saya ada simpati sifar sepenuhnya, dia tidak me-nunjukkan simpati bagi mana-mana mangsanya,” katanya kepada Prime News.

Hakim Wylie berkata ke-bebasan ekspresi boleh me-rangkumi perbuatan fizikal, seperti memakai rambut palsu, dan Smith tidak kehilangan hak asasinya ketika dia menjadi seorang banduan.

Wylie membatalkan ke-putusan penjara untuk merampas rambut palsu berkenaan tetapi menggantungnya selama dua minggu untuk membolehkan pihak berkuasa mengemukakan kes baharu.

Beliau menolak permohonan Smith bagi ganti rugi sebanyak NZ$5,000 (RM15,500). — AFP

Advertisement