Anda di sini

China, Arab Saudi sepakat perkukuh hubungan

Advertisement

Xi alu-alukan lawatan Raja Salman tatkala China berhasrat tarik pelaburan dari Timur Tengah

 Xi (depan, kiri) mengiringi Raja Salman (depan, tiga kiri) pada upacara alu-aluan di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China semalam. — Gambar Reuters
LAWATAN RASMI: Xi (depan, kiri) mengiringi Raja Salman (depan, tiga kiri) pada upacara alu-aluan di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China semalam. — Gambar Reuters

BEIJING: Presiden Xi Jinping menyambut ketibaan Raja Salman dari Arab Saudi di Beijing semalam ketika China melancarkan usaha untuk menarik pelaburan dari Timur Tengah, di mana ia sebelum ini mempamerkan profil yang rendah.

Lawatan baginda selama tiga hari itu membalas lawatan Xi pada tahun lepas ke Arab Saudi sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi pertama ke Timur Tengah oleh seorang pemimpin China dalam tempoh tujuh tahun.

Raja berusia 81 tahun itu tiba kelmarin dengan rombongan besar yang dilaporkan terdiri daripada 1,000 orang ekoran lawatan ke Jepun, Malaysia dan Indonesia sebagai sebahagian daripada jelajah ke Asia selama sebulan.

China semakin condong ke arah Timur Tengah, dan Arab Saudi pula mengukuhkan pakatannya di timur Asia, manakala pendirian diplomatik global Amerika Syarikat di bawah Presiden Donald Trump masih belum jelas.

China bergantung kepada Timur Tengah yang tidak menentu bagi bekalan minyak tetapi sudah lama duduk di belakang dalam pertikaian di sana.

Namun sejak setahun lalu, Xi telah menggunakan pendekatan baharu, dengan langkah termasuk menganjurkan rundingan di antara pihak-pihak yang bermusuhan dalam konflik di Syria.

China juga mahu mengetengahkan dasar utama Xi ‘One Belt, One Road’, satu strategi untuk meningkatkan hubu-ngan dagangan dan sambu-ngan pasaran di antara China, Eropah dan wilayah di antara, berdasarkan secara kasar kepada laluan dagangan purba ‘Jalan Sutera’.

Lawatan ini akan dimajukan dan terus memperbaiki kualiti hubungan kita dan membuahkan hasil baharu,” kata Xi kepada baginda, yang memasuki tempat pertemuan mereka dengan berhati-hati menggunakan tongkat.

China sudah menjadi rakan dagangan terbesar Arab Saudi sejak 2015 dan negara itu selama bertahun-tahun merupakan sumber terbesar minyak mentah bagi ekonomi China yang amat memerlukan bahan bakar.

Rusia pada tahun lepas mengatasi Arab Saudi sebagai sumber minyak utama China, menurut statistik rasmi China.

Lawatan itu merupakan lawatan pertama baginda ke China sejak menaiki takhta pada 2015 ekoran kemangkatan kekanda tiri baginda Raja Abdullah.

China tidak syak lagi akan memainkan peranan pen-ting di Timur Tengah dan membawa kekuatannya yang unik ke rantau itu,” kata Li Guofu, seorang pakar Timur Tengah di Institut Pengajian Antarabangsa China.

Hubungan di antara Ri-yadh dan Washington renggang sewaktu pentadbiran Obama.

Walaupun ia dijangka bertambah baik di bawah Trump, pihak Arab Saudi ingin me-ngukuhkan hubungan dengan timur Asia.

Hubungan (China-Saudi) pada masa lalu adalah baik, tetapi sekurang-kurangnya dari perspektif Arab Saudi, ia memerlukan rangsangan yang signifikan,” kata Joseph Kechichian, seorang felo kanan di Pusat Raja Faisal, Riyadh, bagi Pengajian Islam dan Penyelidikan.

Dalam satu temu ramah dengan agensi berita kerajaan China, Xinhua, duta Arab Saudi, Turki Mohamed Al-Mady, menekankan tentang peranan negaranya yang berpotensi dalam inisiatif ‘One Belt, One Road’.

Dari segi lokasi strategik, Arab Saudi bertindak sebagai hab pusat yang menghubungkan tiga benua – Asia, Afrika dan Eropah – dan merupa- kan bahagian yang penting dalam inisiatif itu,” kata Al-Mady. — AFP

Advertisement