Anda di sini

‘Before I Fall’ versi baru ‘Groundhog Day’ dengan barisan bintang remaja

Advertisement
__alt__

DALAM tempoh sesuku abad sejak terbitan filem klasik yang digilai ramai ‘Groundhog Day’, pembuat filem semua genre telah menggunakan ‘time loop’ (gelung masa) sebagai satu alat penceritaan.

Konsepnya adalah mudah: watak-watak mengalami hari yang sama berulang kali, selalunya perlu memahami kebenaran universal untuk memperbaharui watak-watak mereka dan memecah kitaran.

Dan kini pengarah ‘indie’ Ry Russo-Young kembali kepada premis tersebut dalam ‘Before I Fall’, di mana protagonis berusia 30-an dalam filem asal digantikan dengan barisan pelakon milenial yang petah bercakap untuk menarik pasaran orang muda yang lumayan.

Dalam ‘Groundhog Day’, ia adalah seorang pelapor cuaca yang mementingkan diri dan bongkak, Phil Connors, dilakonkan oleh Bill Murray yang menerima pujian, yang terpaksa melalui peristiwa yang sama sehingga dia memutuskan untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Komedi Harold Ramis telah melahirkan lebih 30 buah filem tiruan yang mencapai pelbagai tahap kejayaan – daripada filem terbitan Disney ‘Mickey’s Once Upon a Christmas’ pada 1999 hingga kepada filem rekaan sains yang gagal pada 2015 ‘Project Almanac’.

Walaupun ‘Groundhog Day’ mencapai kejayaan yang sederhana ketika ia dikeluarkan, ia lama-kelamaan dianggap sebagai salah satu komedi paling hebat dalam sejarah, dan disenaraikan sebagai satu peristiwa yang “signifikan dari segi budaya, sejarah, atau estetika” dalam Daftar Filem Negara Amerika Syarikat.

Ry-Russo bersiap-sedia untuk versinya yang baharu dengan menonton filem-filem ‘time-loop’ seperti ‘Primer’ and ‘Edge of Tomorrow’.

Bagi saya, sebahagian daripada proses penyelidikan sebenarnya adalah meliputi banyak perkara dan benar-benar memahami pelbagai genre yang bersilang,” katanya.

- Suram -

Difilemkan dalam masa hanya 24 hari sahaja, ‘Before I Fall’ menceritakan tentang Samantha Kingston, seorang pelajar dalam “kumpulan popular” yang bakal kehilangan dara kepada seorang lagi budak popular.

Dilakonkan oleh bintang yang sedang meningkat naik berusia 22 tahun, Zoey Deutch, Sam mendapati diri terperangkap dalam ‘time loop’, ditakdirkan untuk mengulangi hari kematiannya dalam satu nahas kereta berulang kali.

Lakon layar Maria Magenti memindahkan aksi dari New England dalam novel orang muda tulisan Lauren Oliver dengan tajuk yang sama kepada kehebatan suram di bahagian Pacific Northwest yang selalu hujan.

Landskap di sana menawarkan banyak bagi psikologi Sam,” kata Russo-Young, 35 tahun.

Terdapat sesuatu seperti perasaan muram, dan rasa mortaliti, drama dan kerisauan pada visual-visual tersebut yang rasa seperti satu watak yang berada di antara kehidupan dengan kematian, yang cuba memahami keadaan.”

Perjalanan Sam membawanya menempuh pelbagai peringkat kekeliruan, kesedihan, ketakutan dan penerimaan ketika dia cuba memahami apa yang dikehendaki kosmos daripadanya.

Cabaran dengan mana-mana olahan hari ulangan ialah kita perlu membuatnya rasa segar setiap hari dan tidak seperti anda menonton adegan yang sama,” kata Russo-Young.

Berita baik ialah ia bukan adegan yang sama kerana Sam berada di sebuah tempat yang berlainan sama sekali dari segi psikologi dan emosi.”

Pemilihan pelakon menggabungkan Deutch (‘Vampire Academy’, ‘Dirty Grandpa’) dan pelakon berusia 23 tahun yang sedang meningkat naik Halston Sage (‘Paper Towns’, ‘Scouts Guide to the Zombie Apocalypse’) dengan veteran seperti Jennifer Beals, 34 tahun selepas Beal mencipta nama dalam ‘Flashdance’.

- Kehidupan yang Baik -

Seperti semua filem ‘time-loop’, filem cereka keempat Russo-Young – filemnya yang ketiga berturut-turut untuk mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Sundance – dibuat seperti satu perumpamaan tentang penebusan dan apa maksudnya untuk menjalani kehidupan yang baik.

Ia turut memberi ajaran tentang tekanan seksual, tekanan daripada media sosial, dan kerapuhan persahabatan remaja.

Ketika saya menontonnya buat pertama kali, ia berakhir dengan perasaan yang pelik ini bagi satu perayaan kehidupan, yang saya rasa begitu kuat dan menyentuh hati,” kata Deutch.

Saya mengenali dalam orang yang sedang menonton bahawa mereka mahu berbuat baik… Secara harfiahnya, saya merasai kemesraan dan keinginan untuk berbuat baik.”

Deutch, yang pernah dibuli ketika di sekolah menengah, berkata dia segera memahami satu watak dengan kelemahan yang tidak menggambarkannya.

Dia adalah seorang pengikut pada mulanya dan menjadi pemimpinnya sendiri dalam kehidupannya,” katanya.

Before I Fall’ ternyata popular di kalangan orang ramai di Sundance dan telah mendapat reviu yang amnya baik. – AFP

__alt__
Advertisement