Anda di sini

3 Mac sebutan semula kes dua wanita dituduh terlibat loteri haram

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret semalam menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes dua wanita yang dituduh memiliki tiket-tiket loteri haram.

Manakala kedua-dua tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan masing-masing RM2,500 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Remy Adang dan Diana Nyambong dari Permyjaya di sini telah didakwa memiliki sehelai kertas tiket-tiket loteri yang berangka 10,000 sebagai loteri haram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 petang, 14 Januari tahun ini di sebuah lot di China Street di sini.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Timbalan Pendaftar Mohd Hafizi Abdul Halim.

Advertisement