Anda di sini

12 penggubal undang-undang Filipina bantah hukuman mati dipecat

Advertisement

MANILA: Parti pemerintah Presiden Filipina Rodrigo Duterte memecat 12 penggubal undang-undang dari jawatan kepimpinan dalam Kongres kerana menentang hukuman mati dalam satu undian, dan pengkritik memberi amaran semalam bahawa ini adalah sebahagian daripada “kemerosotan yang berbahaya ke arah pemerintahan kuku besi”.

Dalam satu langkah yang jarang sekali berlaku dan digelar oleh media tempatan sebagai satu “penyucian”, bekas presiden Gloria Arroyo kelmarin dipecat sebagai timbalan speaker Dewan Perwakilan manakala 11 penggubal undang-undang – semua anggota per-ikatan pemerintah Duterte – kehilangan jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa.

Ini menunaikan ugutan oleh speaker Dewan Perwakilan untuk menghukum sesiapa yang menentang satu rang undang-undang dalam undian pada bulan ini bagi memper-kenalkan hukuman mati bagi jenayah berkaitan dadah.

Menendang keluar peng-undi ‘Tidak’ dari jawatan kepimpinan Dewan menunjukkan sikap tidak toleran pentadbiran kepada tenta-ngan, satu petunjuk membimbangkan bagi kemerosotan yang berbahaya ke arah pemerintahan kuku besi,” Parti Liberal menyebut dalam satu kenyataan semalam.

Parti Liberal menyebut tentang penangkapan Senator Leila de Lima, seorang ahli kanannya dan pengkritik utama Duterte, pada bulan lepas atas tuduhan mengedar dadah sebagai satu lagi contoh intimidasi kerajaan.

Bagaimanapun speaker dewan Pantaleon Alvarez sebelum ini menegaskan ugutannya untuk menghukum penggubal undang-undang yang menentang adalah kerana hukuman mati adalah pendiri-an tegas perikatan pemerintah Duterte dan tidak terbuka kepada undian suara hati.

Pembantu Duterte turut menolak dakwaan bahawa de Lima adalah mangsa penindasan politik dan menegaskan tuduhan mengedar dadah terhadap bekas pesuruhjaya hak asasi manusia itu adalah sah.

Duterte mahu hukuman mati diperkenalkan semula menjelang Mei, kerana beliau menganggap ia sebagai bahagian yang amat penting dalam kempennya yang kontroversi untuk menghapuskan dadah dalam masyarakat.

Sejak Duterte memegang kuasa pada pertengahan tahun lepas, kira-kira 7,000 orang sudah terbunuh dalam satu operasi ke atas jenayah, yang menimbulkan tuduhan oleh kumpulan hak asasi manusia bahawa presiden itu mungkin sedang menyelia jenayah kemanusiaan.

Majoriti besar penggubal undang-undang dalam Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu, yang membenarkan hukuman mati bagi jenayah berkaitan dadah.

Bagaimanapun ada di antara mereka yang mengundi untuk menyokongnya berkata mereka berbuat demikian kerana mereka tidak mahu kehilangan pembiayaan dan manfaat lain yang dapat diberikan oleh presiden atau sekutunya dalam Kongres.

Dewan Senat, di mana per-ikatan Duterte mempunyai majoriti, dijangka mengundi mengenai isu itu dalam masa beberapa bulan lagi.

Selepas hukuman mati, salah satu keutamaan Duterte adalah rang undang-undang untuk menurunkan umur tanggungjawab jenayah daripada 15 kepada sembilan tahun.

Duterte menyatakan usia tanggungjawab jenayah mesti diturunkan kerana pengedar dadah menggunakan kanak-kanak untuk menjaja dadah.

Pengkritik memberi ama-ran bahawa rang undang-undang hukuman mati dan jenayah kanak-kanak merupakan sebahagian daripada langkah besar ke belakang bagi hak asasi manusia di Filipina.

Filipina memansuhkan hukuman mati pada 2006 ketika Arroyo menjadi pre-siden. — AFP

Advertisement