Anda di sini

Rasuah: 11 pegawai imigresen Sarawak direman

Advertisement


KUCHING: Sebelas pegawai Imigresen Sarawak direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berhubung dakwaan rasuah. 

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Zulhairil Sulaiman di Mahkamah Majistret Kuching di sini hari ini. 

Permohonan reman ke atas semua 11 anggota yang terdiri dari lima lelaki dan enam wanita itu dibuat oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Asri Abu Mansor. 

Kesemua 11 tahanan terbabit ditangkap kerana disyaki menerima wang rasuah sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak mempunyai permit kerja sah. 

Mereka ditangkap di beberapa lokasi yang berlainan termasuk Pejabat Imigresen Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Pejabat Imigresen Pending dan pusat tahanan depot Semuja, Serian semalam. 

Kesalahan disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. 

 Pegawai-pegawai Imigresen Sarawak dibawa ke mahkamah bagi memohon perintah reman.
REMAN: Pegawai-pegawai Imigresen Sarawak dibawa ke mahkamah bagi memohon perintah reman.
  • oleh
  • Advertisement