Anda di sini

Malam sensasi bersama Judika dibawakan oleh HyppTV

Advertisement
__alt__

HYPPTV, perkhidmatan IPTV yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia Bhd (TM), menganjurkan showcase bagi memperkenalkan single terbaru Judika, ‘Jadi Aku Sebentar Saja’.

Konsert ‘Malam Sensasi Bersama Judika’ bersama band beliau dibawakan secara langsung melalui perkhidmatan IPTV TM yang pernah memenangi anugerah HyppTV dengan kerjasama Transmedia International Sdn Bhd dan Sony Music Entertainment Malaysia di West Entrance, IOI City Mall, Putrajaya.

Naib Presiden Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM, Emily Wee memberitahu pemberita, “Kami akan terus komited untuk menawarkan pelbagai himpunan kandungan bertaraf antarabangsa terbaik kepada para pelanggan kami.”

Pada sidang media Malam Sensasi Bersama Judika di Menara KL baru-baru ini, Sony Music Malaysia turut menyampaikan plak bagi pencapaian penjualan muat turun nada dering yang mencecah 2.3 juta unit di Malaysia.

Judika atau Judika Nalon Abadi Sihotang yang popular dengan single ‘Aku Yang Tersakiti’, memuatkan 10 lagu untuk album terbaharunya.

PENGHARGAAN BUAT PEMINAT

Album baru ini merupakan satu penghargaan buat peminat yang menyokong aku dari dulu sehingga sekarang dan aku mahu peminat juga ada peluang untuk memberikan idea mereka dengan mencipta lagu untuk aku,” katanya kepada Bernama.

Lima dari 10 lagu yang dimuatkan merupakan ciptaan peminat aku sendiri dan lima lagi adalah ciptaan profesional,” tambah Judika.

Album terbarunya juga memuatkan satu lagu ciptaannya sendiri yang berjudul ‘I Love You’. Lagu ciptaannya sendiri ini merupakan lagu yang ditujukan buat isteri dan dua orang anaknya yang menggambarkan cintanya yang semakin mendalam terhadap orang yang dicintainya.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album terbarunya ialah ‘Jadi Aku Sebentar Saja’, ‘Jikalau Kau Cinta’, ‘Ku Cinta Kau Penipu’, ‘I Love You’ dan ‘Lebih Dari Cinta’. Bernama

  • oleh
  • Advertisement