Anda di sini

Lampu trafik diperlukan di persimpangan penting Lebuh Raya Pan Borneo

Advertisement
 Terrance (membelakang, kanan) meninjau simpang jalan di Kampung Limbanak bersama Tony (kiri).
TINJAU: Terrance (membelakang, kanan) meninjau simpang jalan di Kampung Limbanak bersama Tony (kiri).

PENAMPANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog Terrence Siambun menggesa kerajaan negeri untuk mempertimbangkan permintaan penduduk Penampang supaya lampu trafik didirikan di persimpangan menuju ke Kampung Limbanak dan Kampung Penampang Proper di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo.

Beliau berkata demikian pada satu kenyataan selepas mengadakan kunjungan ke pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Penampang bersama Tony Henry dari Kampung Ramayah.

Saya menerima banyak aduan daripada penduduk Limbanak bahawa mereka menghadapi kerumitan untuk memandu sepanjang jalan ke Kampung Sugud sebelum membuat pusingan ‘U’ bagi membolehkan mereka menuju ke pekan Donggongon.

Masalah yang sama juga dihadapi penduduk yang tinggal di Kampung Penampang Proper yang terpaksa memandu sepanjang jalan ke Kg Ramayah sebelum membuat pusingan ‘U’ bagi membolehkan mereka pergi ke pekan Donggongon,” katanya.

Terrance berkata, Kampung Limbanak yang mempunyai penduduk seramai 1,000 dan dua sekolah, sebuah klinik desa dan gereja seharusnya mempunyai lampu isyarat bagi setiap simpang.

Bayangkan bagaimana kerumitan dan ketidakselesaan yang dihadapi orang ramai khususnya penduduk dari Kampung Maang, Kampung Sugud, Kampung Ramayah, Kampung Nambazan dan Kampung Hubah apabila menghantar anak mereka ke SMK Limbanak.

Ia akan mewujudkan kesesakan yang sepatutnya tidak berlaku jika mereka semua dipaksa untuk mengggunakan pusingan U di Kampung Sugud,” katanya.

Advertisement