Anda di sini

Suspek pecah pintu kaca premis syarikat telekomunikasi direman

Advertisement

SIBU: Suspek lelaki yang bertindak memecahkan pintu kaca dan telefon bimbit di dua premis berasingan milik sebuah syarikat telekomunikasi diperintah ditahan reman tiga hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Saiful Sayoti petang semalam terhadap suspek berusia 30-an mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Suspek ditahan reman bagi membantu siastan kes di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat serta ugutan jenayah.

Dalam kejadian petang kelmarin, suspek bertindak memecahkan pintu dan beberapa telefon bimbit sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Wong King Huo di sini.

Ini diikuti kejadian kedua di premis syarikat telekomunikasi sama di Jalan Keranji di sini yang menyebabkan kerugian lebih kurang RM30,000.

Polis bertindak atas maklumat kemudian menahan suspek di Jalan Belian di sini petang kelmarin serta merampas sebatang kayu golf.

Suspek bertindak sedemikian kerana dikatakan berang setelah jumlah kredit telefon bimbitnya dipotong sebanyak RM4 setiap hari.

Advertisement