Anda di sini

Penasihat akui tuduhan Trump tiada bukti

Advertisement

WASHINGTON: Penasihat kanan Rumah Putih Kellyanne Conway kelmarin berkata dia tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan Donald Trump bahawa presiden lama telah mencuri dengar perbualan telefonnya, selepas membayangkan majikannya itu mungkin telah diintip menggunakan kaedah lain.

Pentadbiran Trump menerima tekanan yang semakin meningkat untuk mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan presiden yang tidak disahkan bahawa Barack Obama mengarahkabn telefon dipasang dengan alat curi dengar di Trump Tower sewaktu kempen pilihan raya.

Jawapannya ialah saya tidak ada sebarang bukti dan saya sangat gembira kerana Jawatankuasa Perisikan Dewan sedang menjalankan siasatan,” kata Conway kepada televisyen ABC.

Pembantu kanan kepada prewsiden itu diminta menjelaskan kenyataan pada hujung lepas yang seakan-akan membayangkan pentadbiran Obama mengarahkan pengawasan berskala luas ke atas majikannya.

Apa yang saya dapat katakan ialah terdapat banyak cara untuk mengawasi satu sama lain,” kata Conway kepada Bergen County Record, New Jersey, dalam satu wawancara meluas yang diterbitkan Ahad lepas.

Kita dapat mengawasi seseorang menerusi telefon mereka, sudah tentu menerusi peti televisyen mereka, dengan apa pun cara, termasuk gelombang mikro yang bertukar menjadin kamera,” katanya kepada akhbar tersebut.

Kita tahu bahawa ini adalah hakikat kehidupan moden.”

Conway menjauhkan diri kelmarin dari kenyataan itu, yang diejek dalam talian, dan memberitahu program terbitan ABC ‘Good Morning America’ dia merujuk kepada ‘pengawasan pada umumnya’ dan bukan kepada dakwaan presiden mengenai Trump Tower.

Sementara itu Trump dipercayai mengkritik media kerana melayan Conway dengan was-was.

Alangkah biadabnya media terhadap wakil-wakil kerja saya yang sangat rajin bekerja,” beliau ‘tweet’ beberapa minit selepas Conway menamatkan kemunculan dalam program bual bicara waktu pagi.

Buat baik,” katanya.

Penggubal undang-undang utama Republikan dan pengkritik Trump, Senator John McCain pada Ahad lepas mencabar Trump untuk membuktikan dakwaan tentang mencuri dengar, jika tidak tarik balik dakwaan tersebut. — AFP

Advertisement