Anda di sini

Ma berdepan tuduhan baharu

Advertisement

TAIPEI: Bekas presiden Taiwan Ma Ying-jeou berdepan tuduhan baharu semalam susulan kontroversi kebocoran politik, hanya beberapa minggu sebelum kemungkinan disabitkan da-lam satu lagi kes berkaitan.

Ketika berkuasa, Ma dilindungi kekebalan politik namun sejak berundur Mei tahun lepas, beliau didakwa rasuah dan lain-lain.

Kuomintang yang dianggotai Ma dan mesra Beijing memegang kuasa 2008 hingga 2016, sebelum ditewaskan Tsai Ing-wen dan parti pembangkangnya, Parti Progresif Demokratik.

Pendakwa raya Taipei  yang bertindak bagi pihak kerajaan mendakwa Ma semalam atas tuduhan membocorkan rahsia sulit siasatan kehakiman ke atas perdana menteri Jiang Yi-huah dan seorang pembantu pada 2013.

Mereka turut menuduhnya mengarahkan pendakwa raya kanan mendedahkan maklu-mat sulit kepada Jiang.

Siasatan 2013 yang menjadi nadi kontroversi itu ingin tahu sama ada speaker parlimen ketika itu, seorang musuh politik Ma, mempengaruhi kes terhadap penggubal undang-undang pembangkang.

Ma didakwa melanggar akta pengawasan dan keselamatan komunikasi, yang membawa hukuman maksimum penjara selama tiga tahun.

Ma merupakan bekas presiden ketiga di Taiwan yang didakwa atas tuduhan jenayah.

Presiden sebelumnya Chen Shui-bian menjalani hukuman penjara selama 20 tahun kerana rasuah sehingga beliau dibebaskan atas parol perubatan pada 2015.

Lee Teng-hui didakwa menggelapkan dana kerajaan semasa menjadi presiden pada 1988-2000, tetapi dilepaskan.

Pejabat Ma semalam mendakwa beliau tidak bersalah kerana hanya menjalankan tugas. — AFP

Advertisement