Anda di sini

TPS lubuk pemain futsal berbakat

Advertisement
 Aksi-aksi menarik pemain TPS sepanjang pertandingan.
SENGIT: Aksi-aksi menarik pemain TPS sepanjang pertandingan.

PERTANDINGAN Futsal Piala Utusan Borneo 2017 yang melabuhkan tirai baru-baru ini menjadi medan terbaik bagi pemain menonjolkan bakat terutama dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

Antara yang menyerlah pasangan dua beradik, Syed Zarif Mansoor (12 tahun) dan Syed Nazif Azeem (11 tahun) yang mewakili Sekolah Tunku Putra (TPS).

Anak kepada tokoh korporat terkenal, Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree itu bukan sahaja berjaya membantu pasukannya sepanjang kejohanan berlangsung malah membuktikan keserasian mantap ketika kedua-duanya beraksi dalam gelanggang.

Saya melihat potensi besar dalam dua pemain itu untuk pergi dengan lebih jauh dalam sukan ini.

Jika kedua-duanya terus gigih berlatih, saya percaya mereka mampu menyinar di peringkat yang lebih tinggi lagi,” ujar Ketua Jurulatih TPS, Azyzy Ahmad.

Menurut Azyzy, Azeem dan Mansoor memainkan watak penting dalam membantu pasukan itu melangkah hingga ke peringkat suku akhir.

Kemahiran dan keserasian ditunjukkan dua beradik itu menjadi inspirasi kepada rakan sepasukan lain untuk bangkit memberikan cabaran sepanjang pertandingan itu.

Walaupun kita hanya sampai ke peringkat suku akhir, saya tetap berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh para pemain.

Selain Azeem dan Mansoor, beberapa pemain lain juga menunjukkan permainan yang menarik dan kemahiran mereka juga semakin baik.

Kalah menang adat permainan, paling penting saya amat berpuas hati kerana pemain telah membuktikan kesungguhan untuk berdepan lawan yang lebih berpengalaman,” tambah Azyzy.

Pemain lain yang turut mewakili TPS ialah Darren, Tyler Ting,

Louie Kim, Abang Aqmal, Kwon Seyun, Aqeel Zaid Zaini, Mohd Haneef, Mohd Irfan, Hanson Simon, Jasper Tefully, Benjamin Hopkins dan Anwari Syamimi.

Menurut Azyzy, beliau akan terus memberi pendedahan kepada pemain dengan menyertai lebih banyak pertandingan selepas ini.

Pasukan ini baru berusia setahun jagung namun pernah menyertai beberapa kejohanan besar seperti Karnival Futsal Milo 2016.

Kita juga pernah memenangi tempat ketiga dalam Kejohanan Futsal Bawah 11 Tahun di Kuching juga pada tahun lepas.

Ini semua sebahagian daripada program pendedahan yang kita rangka untuk membentuk pasukan yang serba mantap dan mampu menyinar hingga ke peringkat antarabangsa.”

Menurutnya, bakat pemain dalam pasukan bukan sahaja dalam sukan futsal tetapi termasuk bola sepak.

Ini dibuktikan dengan kejayaan pasukan itu meraih tempat ketujuh dalam Kejohanan Bolasepak Piala Antarabangsa Borneo Bawah 12 Tahun 2016 meskipun bertarung dengan pasukan handalan dari Australia, India, Filipina dan Sabah.

Pada tahun ini, pasukan ini menyasarkan untuk sekurang-kurangnya layak ke suku akhir Kejohanan Bola Sepak Antara Sekolah 2017.

Selain itu, kita juga akan menyertai dua kejohanan antarabangsa di Sabah dan Singapura pada tahun sama,” tambahnya.

 Barisan pemain TPS (berdiri dari kiri) Darren, Tyler, Louie, Abang Aqmal, Kwon, Syed Zarif Mansoor  dan Aqeel Zaid. (Duduk dari kiri) Mohd Haneef, Mohd Irfan, Hanson, Jasper, Benjamin, Anwari dan Syed Nazif Azeem.
UNTUK ALBUM: Barisan pemain TPS (berdiri dari kiri) Darren, Tyler, Louie, Abang Aqmal, Kwon, Syed Zarif Mansoor dan Aqeel Zaid. (Duduk dari kiri) Mohd Haneef, Mohd Irfan, Hanson, Jasper, Benjamin, Anwari dan Syed Nazif Azeem.
  • oleh
  • Advertisement