Anda di sini

Peserta Thailand terus ungguli ratu cantik transjantina

Advertisement
 Jiratchaya teruja (kanan) sewaktu dinobatkan sebagai juara pada pertandingan ratu cantik Miss International Queen 2016 di Pattaya, Jumaat lalu. — Gambar Reuters
TERHARU: Jiratchaya teruja (kanan) sewaktu dinobatkan sebagai juara pada pertandingan ratu cantik Miss International Queen 2016 di Pattaya, Jumaat lalu. — Gambar Reuters

PATTAYA: Peserta Thailand Jiratchaya Sirimongkolnawin telah dinobatkan sebagai Miss International Queen 2016 pada Jumaat lepas dalam satu pertandingan yang dianggap sebagai pertandingan ratu cantik transjantina terbesar dan paling popular di dunia.

Peserta berusia 25 tahun itu mengetepikan 24 orang peserta lain untuk merangkul mahkota tersebut, dengan tempat kedua dan ketiga jatuh kepada peserta dari Brazil dan Venezuela.

Pertandingan ratu cantik tersebut, yang mengumpulkan golongan transjantina dari seluruh dunia, telah dilancarkan lebih sedekad lepas bagi membantu wanita transjantina merasakan lebih diterima oleh masyarakat.

Ia adalah seperti satu kategori baharu, namun jantina tersebut telah wujud sejak lama dahulu,” menurut Jiratchaya, yang memakai sepasang gaun malam putih berkilauan dan bahagian tepi hitam.

Pertandingan, untuk tahun ke-12, telah diadakan di kelab malam Tiffany di pekan tepi pantai Pattaya di Thai, yang terkenal dengan kabaret pondannya.

Seperti mana pertandingan ratu cantik lain, para peserta berarak dengan kostum kebangsaan, gaun malam dan pakaian renang.

Thailand masih lagi sebuah negara yang benar-benar konservatif, dengan tiada undang-undang yang mengiktirafkan penyatuan sama jantina  walaupun ia mempunyai satu komuniti lesbian, gay, biseksual dan transjantina.

Pertandingan pada 2016 ditangguhkan dari November tahun lepas disebabkan  tempoh berkabung Thailand bagi mendiang  Raja Bhumibol Adulyadej mangkat pada usia 88 tahun pada 13 Oktober lepas. — Reuters

Advertisement